Thursday, February 13, 2014

YANG KENA TANGKAP HINA SULTAN SELANGOR IALAH SEORANG WANITA INDIA BERUMUR 27 TAHUN DAN BUKANNYA OMAK KAU.


Heboh kata Omak Kau kena cekup dengan pihak PDRM kerana menyiarkan berita-berita sensasi hina Sultan Selangor sedangkan tidak pernah Omak Kau terlibat dan dikena tangkap pun.

Mentang-mentanglah Omak Kau amat kuat selalu hentam UMNO bila ada berlaku penangkapan dikaitkan dengan Omak Kau.


HINA SULTAN, SEORANG WANITA DITAHAN

Kuala Lumpur, 12 Feb - Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan polis kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dia ditahan oleh sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di Sungai Jelok, Kajang baru-baru ini.

Polis turut merampas beberapa peralatan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Sumber: Facebook Rasmi Polis Selangor
Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  
Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang.

Menurut laman FB polis itu, semasa tangkapan beberapa peralatan turut dirampas bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dalam blog berkenaan sebelum ini, wanita terbabit dikatakan secara terbuka menghina Sultan Selangor dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
  
Tindakan wanita itu kemudian menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat.

1)  Omak Kau perempuan Melayu berumur lebih 27 tahun walaupun kelihatan seperti 27 tahun ..kikikikiki.

2)  Omak Kau tidak pernah siarkan dalam blog cerita perempuan India hina Sultan Selangor .. kerana pada pandangan Omak Kau sekadar memanjangkan cerita penghinaannya saja.

3)  Omak Kau berblog dengan berpegang kepada prinsip iaitu ada batasan dalam mengkritik dan memberi pandangan.

4)  Pihak polis menahan seorang wanita India yang terbitkan dalam akaun FBnya menghina Islam, Sultan dan Melayu .. hasil penulisan itu dipercayai di angkat oleh sebuah blog .. Yang pasti bukan blog Omak Kau.

Harap maklum ... Tenkiu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.