Friday, March 7, 2014

ADUN Seberang Jaya bakal disaman keluarga polis

Raja_Nor_AtiqaTweet dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin menyebabkan beliau bakal di saman keluarga keluarga Allayarham Koperal Raja Aizam Raja Mohet, 54, berikutan tweetnya yang didakwa berunsur hinaan.
Allahyarham Koperal Raja Aizam meninggal dunia manakala rakan setugas beliau dari unit kereta peronda cedera selepas diserang dua lelaki, dipercayai warga Indonesia di Taman Sentosa, Klang Selasa lalu.
Tindakan untuk menyaman Dr Afif telah dimuatnaik oleh anak perempuan Allahyarham menerusi status laman sosial Facebook Raja Nor Atiqa pada petang Khamis.
Menurut status tersebut Raja Nor Atiqa hanya berkata, “kami akan saman demi arwah abah.”
Pada tengah hari Khamis semalam, Raja Nor Atiqa dalam statusnya turut memberi peluang kepada Dr Afif untuk meminta maaf secara terbuka sebelum keluarganya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.
Akibat tiada permohonan maaf, wanita terbabit mengeluarkan status terbaru untuk mengambil tindakan saman malu.
Status Raja Nor Atiqa selain itu turut mendapat sokongan moral pengguna laman sosial yang mahu keluarga Raja Aizam mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat PKR terbabit bagi memberi pengajaran kepada ahli politik lain, lapor mStar Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.