Kini Liyana Manan mendedahkan empat keping gambar percutian Hanez suraya bersama Mr. R di bangkok.
Liyana juga turut mempertikaikan kenyataan Hanez yang berkata suaminya adalah duda kerana sehingga ke hari ini, tiada surat cerai yang diterima olehnya.
Bagi Liyana, selagi tiada surat cerai, dirinya masih isteri Mr. R yang sah.
Kata Liyana Manan kepada BiPop semalam
Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.Tentu pedih dengan ayat Liyana Manan ini. Pelik juga macam mana Hanez boleh bercuti dengan kekasih sedangkan belum ada ikatan yang sah. Liyana juga turut menegaskan yang dirinya tidak pernah membuat fitnah seperti yang didakwa oleh Hanez.
Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.
Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.
Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikank ami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai.
Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.
Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, buka saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarat terus mendengar pembohongan Hanez.
Dulu saya dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.
Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.
Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R - BiPop


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.