Saturday, March 1, 2014

Paras air di Negeri Sembilan membimbangkan

Bagaimanapun, bekalan air di tujuh empangan masih terkawal tetapi Sains sentiasa memantau keadaan paras air.
Sah-empangan-air-Selangor-semakin-cetek-300x199SEREMBAN: Paras air di beberapa empangan di Negeri Sembilan membimbangkan dengan empangan Gemencheh yang membekalkan air ke daerah Tampin dan Rembau setakat hari ini menunjukkan 99.73 meter –  paras kritikal ialah 98.00 meter.
Dianggarkan hanya mampu bertahan kira-kira 21 hari sahaja, jika hujan tidak turun dalam tempoh terdekat.
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) Zulkifli Ibrahim berkata paras air di empangan Gemencheh agak menurun dan perlu diberi perhatian.
“Empangan Gemencheh membekalkan air kepada 15, 000 pengguna di kawasan Tampin dan Rembau.
“Kita sudah mengambil langkah alternatif bagi mengurangkan pergantungan 15, 000 pengguna air dari Tampin dan Rembau kepada sumber air dari empangan Gemencheh.
”Sebahagian daripada pengguna di daerah Rembau menerima sumber air dari loji Air Sawah Raja.
Paras air Empangan NS@01Mac14“Sebelum ini kita hanya menyalurkan 8.5 juta gelen air dari  loji Air Sawah Raja, tetapi kini kita sudah menyakurkan 10 juta gelen air sehari bagi mengurangkan pergantungan sumber air dari empangan Gemencheh.
Empangan Gemencheh menyalurkan kira-kira 7.5 juta gelen air sehari kepada pengguna.
Sebahagian pengguna di daerah Tampin menerima sumber air dari loji Air Pasir Besar, Loji Air Gemas dan loji Air Dangi. Ketiga-tiga loji air itu menerima sumber air dari air sungai.
Sementara itu bekalan air di tujuh empangan di Negeri Sembilan masih terkawal tetapi Sains sentiasa memantau keadaan paras air.
Paras air di empat empangan iaitu empangan Sungai Terip, empangan Gemencheh, empangan Kelinchi dan empangan Talang (Ulu Muar), berada di paras berjaga-jaga.
Paras air di tiga lagi empangan iaitu empangan Triang, empangan Ulu Sepri dan empangan Sungai Beringin (Pedas), berada di paras melimpah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.