Sunday, April 27, 2014

BERITA BERFAKTA UNTUK PARA MACAI YANG MENYERANG MENTERI BESAR SELANGOR BAB ISU RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN BERSEPAH DI NEGERI SELANGOR!!!!!


Isu rumah urut dan pusat hiburan di Negeri Selangor dikatakan bersepah melambak macam cendawan tumbuh selepas hujan setelah Selangor ditawan Pakatan Rakyat semenjak tahun 2008  telah dijadikan isu oleh para pemimpin dan macai UMNO untuk menyerang kerajaan Pakatan Selangor pimpinan YAB tan Sri Khalid Ibrahim ... Tujuan tidak lain tidak bukan untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan beliau dengan menjaja cerita fitnah yang direka cipta kisahnya.

Paling melucukan ialah isu yang sama kini dijaja pula oleh macai-macai pengtaksub pemimpin tertentu dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden KeADILan yang kini sedang rancak dijalankan.

Mereka tahu cerita yang dijaja itu telah pun dijawab sama ada dalam Dewan Undangan Negeri maupun disiri ceramah dan kenyataan akhbar tetapi masih juga guna isu basi lapuk ini untuk meraih sokongan anggota parti.

Dimanakah akhlak dan akal budi mereka???? .. Sanggup menyerang dengan apa jua isu asalkan pemimpin sokongan dan dokongan mereka menang... lebih teruk dari falsafah politik Machiavelli ... MATLAMAT MENGHALALKAN CARA .
Teruknya sebab menentang keras falsafah dan fahaman politik yang dibawa Machiavelli tetapi dalam masa yang sama ketika mau pemimpin mereka menang jawatan sanggup gunakan cara dan kaedah yang sama.


TOLAK POLITIK KOTOR ... POLITIK BERTERASKAN NILAI DEMI MENUJU REFORMASI TULEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.