Friday, April 4, 2014

Dimana kita patut risau dengan GST


Mengenai GST, dimana kawasan2 kerisauan kita?

1)    Dari sudut konsentrasi dana dalam tangan kerajaan- berdepan lah dengan kenyataan, bahawa kita tidak percaya kepada BN bila mengendalikan wang rakyat.
2)    Dari sudut agihan pendapatan- ternyata priority utama kerajaan ialah membanyakkan wang dalam tangan, tidak peka keatas impak kepada golongan pendapatan rendah khas nya orang Melayu
3)    Impak inflasi
4)    Penguncupan kuasa beli akan mengakibatkan permintaan yang kurang mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi.

Hujjah yang paling seronok dugunakan oleh ahli parlimen BN ialah , jika 160 buah negara dalam dunia ini mengunakan GST, tentulah ia bagus;  ada benar dan ada tidak benar. 160 negara menggunakan nya ialah tanda semua kerajaan 160 buah negara tersebut mahukan lebih banyak wang dalam tangan mereka. Negara yang korap dan rasuah, negara tin pot dictator, negara kaya yang demokractik, neara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, semua mahukan wang lebih banyak dalam kantong mereka. Bukan kerana ia semestinya baik untuk rakyat, tapi ianya keadah baik untuk membanyakkan dana keajaan. Sama ada ia baik untuk rakyat, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan wang tersebut.

Maka, jika sumber kekuatan hujjah penyokong GST ialah menunjukkan bahawa ada 160 buah negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST, yang menyamakan Malaysia engan 160 negara itu ialah, kerajaan Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka?

Kita mesti tanya sebab2 mengapa kerajaan mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka? GST menambahkan antara 22 hingga 33 billion setahun kepada kantong.

Kepada seorang ekonomis, ini suatu perkara yang merunsingkan. Sebab konsentrasi kuasa wang yang banyak dalam tangan kerajaan. Prinisp nya ialah, wang rakyat lebih selamat dalam tangan rakyat sendiri dari meletakkan wang tersebut dalam tangan orang lain.

Rekod kerajaan macam mana? Rekod kerajaan sejak 1998 ialah belanja lebih dari pendapatan. Budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus kerajaan kita. Hutang kerajaan dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55% ceiling. Ceiling ini ditetapkan oleh akta pinjaman dan akta pendanaan kerajaan 1983.

Bukan artbitrary. Bab yang arbiitrary ialah ceiling ini sudah ditukar 3 kali sejak 2003. Semasa itu sabahat saya dari Rompn menteri kewangan 2 menetapkan ia pada 40%. Kemudian masuk Noor Mohd yaakob taruh pada tahap 45%. Sekarang Husni Hanazliah menetapkan pada 55%. Maka bab arbitrary ialah pada bahagian menukar sesuka hati.

Berbalik kepada perkara yang dirunsingkan oleh ekonomis apabila banyak wang berada dalam tangan kerajaan. Mengikut lapuran kastam, ianya menambah 22 billion setahun. Kajian lain menunjuukan 33 billion. Beza beza ini diterangkan oleh keberkesanan pengutipan cukai GST. Kalau efisyen, maka lebh banyak, kalau pihak kerajaan kautim dengan syarikat besar yang sudah biasa tidak mahu bayar atau lari dari cukai, maka kurang lah hasil GST.

Apabila GST dilaknakan, kerajaan akan mempunyai bayak dana. Matlamat mengurangkan deficit akan dilupakan. Dengan wang yang lebih, kita dengar sendiri dari ahli2 BN, kita akan dapat bantu rakyat. kita boleh pindahkan wang dari yang kaya kepada yang memerlukan. Hujjah sebegini memang menarik dan popular. Tapi duit syiling itu ada dua permukaaan. Konsentrasi wang yang banyak memang boleh di gunakan untuk perkara yang berfaedah kepada rakyat, tapi boleh juga digunakan untuk pembaziran.

Ini yang menakutkan dari sudut ekonomi- pembaziran. Ianya akan menjauhkan lagi objektif mengurangkan deficit. Sebab kerajaan ada rekod yang buruk dalam perkara ini. Kita boleh buat jejambat overhead RM50 juta, kta hendak belanja RM340 juta. Kita boleh beli AFV pada harga pasaran RM3.5juta seunit kita belanja hampir RM8 billion untuk 257 biji yakni RM30juta se unit. Kita boleh beli helicopter yang harga pasaran RM85juta/unit, kita beli 12 unit pada harga RM193 juta seunit. Kita plan nak bina PV pada RM350juta seunit, kita pilih nak buat 6 buah LCS pada harga RM1.5billion seunit.

Ini yang menakutkan mana2 ahli ekonomi. Pembaziran dan penggunaan wang yang tidak optimal.

Ahli2 BN boleh kata- itu belum lagi terjadi. Tapi rekod kerajaan yang ada sekarang, menunjukkan bahawa kebaranglkalian terjadi demikian lebih tinggi dari keberangkalian tidak melakukan nya. kita akan menyeberangi jambatan bila tiba masa nya. sayang sekali jambatan menghubungi financial discipline dan financial prudence sudah dibakar lama.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.