Thursday, May 1, 2014

Tempat Makan Di Kota Kinabalu, Sabah

Tempat makan di Kota Kinabalu

Sudah tentu ada banyak tempat makan di Kota Kinabalu. Tetapi apa yan nak saya ceritakan adalah tempat makan di Kota Kinabalu yang saya kunjungi selama 5 hari 4 malam berada di sana tempoh hari.

Pada hari pertama sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami terus di bawa makan malam di kawasan gerai-gerai yang banyak bertentangan pemandangan laut. Kebetulan kami sampai di Kota Kinabalu dalam pukul 8.30 malam, dan sepanjang dalam kapal terbang dengan penerbangan Malindo Air tidak menyediakan apa-apa makan malam selain daripada roti mayat, maka perut dah berkeroncong.

Pemandu yang berkhidmat untuk kami sepanjang berada di Kota Kinabalu terus bawa ke kawasan gerai-gerai itu sebelum menghantar kami ke Hotel. Katanya, hotel tempat kami menginap dekat saja dari kawasan gerai-gerai tersebut, jadi selepas ini mudahlah kami nak makan malam sepanjang berada di sana.

Saya masih kabur pada malam pertama berada di sana dan tidak dapat meneka di mana kedudukan kami ketika itu. Yang pastinya ada banyak deretan gerai makan yang menyediakan makanan laut.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Deretan Gerai Makanan Laut Di Tempat Makan Kota Kinabalu

Malam pertama itu kami memilih untuk duduk di kedai paling hujung berdekatan dengan sebuah kawasan berehat yang kelihatan seperti sebuah pentas terpacak atas air. Tak jauh dari situ ada sebuah bulatan jalanraya yang terpacak kukuh replika ikan todak di tengahnya. Itulah landmark saya untuk malam itu.

Sebaik saja dapat tempat duduk, sementara kawan-kawan lain tunggu makanan sampai, saya terus capai kamera dan mula berjalan untuk melihat kesemua gerai yang ada. Teringin juga nak tengok apa makanan yang mereka sediakan di situ dan apa keistimewaan tempat itu yang kelihatan sentiasa ramai pengunjung dari berbagai lapisan masyarakat.

Apa yang saya lihat hampir semua menyediakan ruangan memilih makanan laut segar di depan gerai mereka. Ada ikan besar, udang besar, udang galah, udang harimau, udang kapas, rumpai laut dan macam-macam lagi. Patutlah ramai yang datang ke situ, makanan laut yang dipilih akan dimasak segera selepas dipilih dan saya rasa harganya juga tidaklah mahal sangat.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Gerai Beruniform Di Tempat Makan Kota Kinabalu

Apa yang paling menarik di situ adalah semua gerai mempunyai uniform masing-masing. Ada gerai yang semua pekerjanya pakai tshirt merah, ada yang kuning, unggu, hijau dan lain-lain warna. Ini dapat membezakan antara satu gerai makan dengan satu gerai yang lain.

Selepas dua tiga kali makan di tempat makan tersebut, baru saya perasa rupa-rupanya uniform mereka bertukar-tukar pada malam-malam yang berbeza. Yang pentingnya semua pekerja akan mengenakan uniform yang sama warna untuk menunjukkan keserataan. Itu satu perkara menarik untuk gerai-gerai di sebelah sini mengikutinya.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Sempat juga saya rakamkan beberapa keping gambar sepanjang melilau seorang diri di sepanjang gerai-gerai di situ. Kalau anda ada kesempatan bermalam di Kota Kinabalu, bolehlah pergi ke tempat makan di Kota Kinabalu yang saya ceritakan ini.

Letaknya sebelah dengan pasar di Kota Kinabalu. Pada waktu siang, gerai semuanya hilang tak wujud, hanya ada dereta kereta-kereta yang dilepatkkan di sana. Hanya waktu malam sahaja mereka mula menjalankan perniagaan semula.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Mungkin ada lagi tempat makan di Kota Kinabalu yang lebih menarik. Kalau anda ada maklumat boleh kongsikan di sini. Bolehlah saya mencubanya bila ke sana semula nanti. Insyaallah saya akan ke sana lagi selepas ini untuk satu tempoh yang lebih panjang rasanya. Tapi akan berpindah-pindah ke seluruh Sabah dan bukan hanya di sekitar Kota Kinabalu sahaja.




Gambar ikan bakar dan sayur di atas adalah makanan yang saya dan kawan-kawan tempa untuk merasa bagaimana kelazatan ikan bakar buatan orang Sabah di gerai-gerai tempat makan di Kota Kinabalu tersebut. Harganya ikan rata-rata adalah dalam lingkungan RM40 sekilo siap masak. Masakannya boleh tahan dan kami ratah semua ikan itu sampai tinggal tulang saja, fresh dan lazat!

Sekali lagi buat anda yang dah biasa ke Kota Kinabalu atau orang-orang tmpatan di Sabah, kalau anda ada maklumat untuk dikongsikan berkenaan tempat makan di Kota Kinabalu selain daripada yang saya sebutkan di sini, amat dialau-alukan. Tolong berikan maklumatnya di ruang komen di bawah. Terima kasih bah! -pendapatanda.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.