Friday, May 2, 2014

TIADA PESERTA PERHIMPUNAN CBP CEDERA DITIKAM SEPERTI DIDAKWA



Kuala Lumpur, 1 Mei - Tiada peserta perhimpunan bantah cukai barang dan pendapatan (CBP) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."

Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.