Thursday, May 29, 2014

VIP Dalam Sindiket Diesel. Tindakan ?

Cuba kalau ni orang biasa.. Rakyat tempatan yang ke laut setiap hari.. Then tertangkap seludup diesel skit.. Konfem terus kena tangkap. Tanpa kecoh, terus masuk lokap.. Tapi bila babitkan VIP. Macam pundek buat tindakan. Kotey terus kecut!

Serbuan dibuat, dapat balik diesel. Tapi owner yang buat kerja pedajal ni diam. Takde pulak gambar dia tertangkap. Sebab VIP, so kena tunduk la yea. Ni jadinya kalau kuasa penjawat awam terhad terhadap VIP. VIP naik tocang.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengenepikan kemungkinan ada pembabitan orang kenamaan di belakang sindiket penyeludupan diesel terbesar yang pernah ditumpaskan setakat ini dalam satu operasi bersepadu di sekitar perairan Pulau Lima, Sungai Rengit di sini, Isnin lalu.


Dalam operasi 5.20 petang itu, pasukan penguat kuasa dari ibu pejabat KPDNKK Putrajaya berjaya merampas 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta selain menyita empat kapal tangki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM50 juta.

Pihaknya turut menahan 52 anak kapal warga asing dalam operasi dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan diesel antarabangsa yang bermaharajalela di perairan selatan tanah air.

Hasil risikan mendapati sindiket berkenaan meraih keuntungan lumayan dengan menjual bahan bersubsidi itu pada harga AS$1 bersamaan RM3.20 seliter kepada kapal asing selain menjualnya terus ke negara lain.

“Kejayaan terbesar dalam sejarah rampasan diesel bersubsidi negara itu adalah hasil siasatan terhadap dalang sindiket sama yang ditahan di Pelabuhan Kuantan, Pahang pada 4 April lalu dan sekitar Tanjung Belungkur di sini pada 19 Mei lalu. (HMetro)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.