Friday, June 27, 2014

[BERGAMBAR] Asrama UIA Petaling Jaya Terbakar


Asrama UIA di PJ terbakar 

Asrama lelaki kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya terbakar kira-kira jam 3 petang tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 3.02 petang.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tidak jauh dari situ tiba kira-kira 10 minit kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran pada jam 3:46 petang.

Menurut Sani kebakaran di kolej kediaman Mahallah Abu Bakar itu dipercayai bermula apabila tilam-tilam yang diletakkan di ruangan membasuh asrama terbakar.

"Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

"Punca kebakaran dan kerugian masih disiasat," kata beliau dalam kenyataan hari ini. ~mk



kredit kepada pemilik gambar: melvister.com 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.