Friday, June 27, 2014

Kabinet : Penambahan cuma membazir

Malaysia termasuk dalam senarai negara yang mempunyai ahli kabinet paling banyak di dunia
malaysian cabinetKuala Lumpur – Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Professor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyatakan bahawa tidak berlaku sebarang rombakan kabinet seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi hanyalah penambahan beberapa menteri baru yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, senarai baru yang diumumkan telah mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat dan penganalisis politik di negara ini.
“Senarai kabinet telah diumumkan dan mendapat pelbagai reaksi. Rata-rata mereka menyatakan bahawa ini bukannya rombakan kabinet tetapi penambahan ahli kabinet sahaja” katanya.
Katanya lagi, penambahan ahli kabinet ini turut menempatkan Malaysia termasuk dalam senarai negara yang mempunyai ahli kabinet paling banyak di dunia.
Agus turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri mengenai pembaziran yang akan berlaku sekiranya mempunyai ahli kabinet yang ramai.
Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoal kepentingan Malaysia sebuah negara yang kecil mempunyai bilangan menteri yang ramai.
“Apakah bidang tugas yang bakal dilaksanakan oleh mereka?”, soal Agus.
Ujarnya, ada sesetengah pihak yang beranggapan tindakan strategik Perdana Menteri ini tidak mengubah kedudukan kabinet yang sedia ada.
“Rombakan ini cuma bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan BN dengan mendapat sokongan orang Cina apabila menteri-menteri baru dari bangsa Cina di lantik ke kabinet.
Beliau melahirkan rasa kecewa kerana rombakan yang diharapkannya tidak berlaku dalam kabinet.
“Saya melihat sudah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan tetapi itu tidak berlaku”, ujarnya lagi.
Agus berharap agar dengan penambahan kabinet ini bakal mengubah nasib rakyat yang semakin menderita dengan kenaikan taraf elektrik, kesesakan lalu lintas, nasib rakyat miskin dan OKU yang terbiar dan infrastuktur di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang tidak diselengara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.