Monday, June 30, 2014
Lagi Tangkapan GRO, Sempena Ramadhan?
PETALING JAYA – Kelekaan sekumpulan lelaki hidung belang meraba tubuh gebu pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Thailand di sebuah pusat hiburan di Jalan SS21/37 di Damansara Uptown di sini terbantut selepas premis tersebut diserbu sepasukan polis malam kelmarin.
Jurucakap polis berkata, serbuan pada pukul 11 malam di pusat hiburan itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan GRO di premis tersebut yang turut menawarkan khidmat seks.
“Semasa serbuan, beberapa pelanggan lelaki yang kebanyakan dalam kalangan lelaki warga asing sedang leka dilayan GRO yang memakai pakaian mendedahkan tubuh mereka.
“Pelanggan lelaki yang terkejut tidak sempat melarikan diri manakala GRO yang sedang bekerja itu pula masing-masing cuba lari,” kata jurucakap polis itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.