Wednesday, July 2, 2014

Sangka Suami Pulang, Wanita Nyaris Dirogol Jiran


[Borneo Post] KUCHING: Jiran disangka suami berikutan keadaan bilik tidur yang gelap menyebabkan seorang wanita hampir dirogol sebelum menyedari lelaki yang cuba menodainya itu bukan suaminya.

Insiden dilaporkan berlaku di Tabuan Melayu di sini apabila wanita muda itu mulanya membiarkan suspek yang juga jirannya memasuki bilik tidur kerana menyangka suspek adalah suaminya yang baharu pulang dari kerja sekitar jam 5 pagi.

Suspek kemudian dikatakan cuba menodai mangsa dengan turut menanggalkan pakaiannya, namun mangsa tersedar seterusnya menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek segera melarikan dirinya dari rumah mangsa.

“Pada mulanya mangsa menyangka suaminya baharu pulang kerja dan tidak memperdulikannya sehingga suspek mula menyentuh tubuhnya dan membuka pakaiannya baharu dia sedar yang lelaki tersebut adalah bukan suaminya.

“Lantas dia (mangsa) menjerit meminta tolong sebelum beberapa ahli keluarganya datang.

Namun masa itu, suspek sudah berjaya melarikan diri,” kata sumber.

Tambahnya, suami mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan masih berada di tempat kerja semasa kejadian, segera pulang selepas mengetahui perkara tersebut.

Mangsa bersama keluarganya kemudian melaporkan mengenai perkara tersebut di balai polis berhampiran.

Polis difahamkan sudah menahan suspek yang juga jiran mangsa untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.


P/s: Jangan main sangka-sangka, nanti tidak fasal-fasal dapat malapetaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.