Monday, September 1, 2014

Muslimat PAS Bersama Wanita PR Sokong W Azizah Sebagai MB Tanpa Syarat

Wanita Pakatan Rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan tanpa syarat untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. 

Demikian menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh tiga ketua wanita parti tersebut iaitu, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff. 

“Kami telah bersama-sama bersatu dan mengukuhkan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, Wanita Pakatan berkata majoriti menunjukkan 30 dari 43 Ahli Undangan Negeri sudah bersetuju Wan Azizah sebagai MB.

Mereka turut mempersoalkan sekiranya Wan Azizah adalah lelaki adakah pelantikan beliau sebagai MB akan diadili.

Dengan berbekal semangat demokrasi, Wanita Pakatan turut menekankan bahawa perlembagaan negeri tidak menyokong diskriminasi terhadap jantina dan seterusnya tidak menghalang wanita menjadi pemimpin sesebuah negeri.

Wanita Pakatan turut menggambarkan Wan Azizah sebagai seorang wanita besi yang tabah menerima segala dugaan bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarga.

“Dari tahun 1998 sehingga kini, sudah 16 tahun Wan Azizah menghadapi segala tohmahan dan dugaan pada suami dan keluarganya.

Pilihan untuk beliau melangkah keluar dari kancah politik sentiasa ada, namun dengan sikap dedikasi kepada keluarganya, PKR dan Malaysia membuatkan beliau lebih tabah dalam perjuangannya untuk keadilan, demokrasi dan kebebasan” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini 30 ADUN Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sokongan tersebut sekali gus menandakan ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar. -aa

ULASAN GB

Ada pula nanti yang bersuara dan memabawa usul supaya tindakan disiplin dikenakan kepada Dewan Muslimat PAS.. atau ada yang usulkan nak pecat semua anggota muslimat PAS (?)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.