Saturday, August 30, 2014

Orang Azmin balun Rafizi untuk tuntut jawatan MB



Rafizi wajar tutup mulut, kata Shuhaimi

The Malaysian Insider, 29 Ogos, 2014. 

Rafizi Ramli hari ini dikecam ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor gara-gara kenyataannya menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak menerima sebarang pencalonan menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei berkata tindakan Naib Presiden PKR itu dilihat bukan sahaja menghina Adun Selangor, malah tidak wajar dilakukan seorang yang memegang jawatan tinggi, terutamanya apabila ia dibuat melalui kenyataan media.

Dakwanya, ini bukan pertama kali Rafizi membuat kenyataan yang disifatkan merosakkan hubungan PR, malah kenyataan terbarunya itu juga sudah ke tahap melebarkan perbezaan pendapat dalam gabungan pembangkang itu.

"Tidak perlu saya dan rakan rakan Adun diarah menarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai menteri besar. Gesaan beliau dilihat sangat tidak manis, seolah-olah kami tidak ada pendirian selama ini.

"Cara beliau memberikan gambaran hanya pendapat beliau seorang sahaja yang bernas dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat lalu dengan mudahnya memaksakan kepada orang lain. Ini sangat perlu dielakkan," katanya.

Katanya, dia sangat terkejut dengan gesaan Rafizi dan disebabkan Rafizi membuat saranannya melalui media, dia juga menjawab gesaan itu melalui media.

Shuhaimi berkata pengarah strategi PKR itu seharusnya membawa cadangannya itu ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk dibincangkan.

"Siapa Rafizi yang dilihat memaksa saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat untuk kita bincangkan, perhalusi dan membuat keputusan.

Baca seterusnya di SINI


Suhaimi adalah orang Azmin dan kenyataannya menegur Rafizi boleh dilihat sebagai kumpulan Azmin yang sebelum ini hanya diam dan akur mula membuat tuntutan sebaik Wan Azizah disedari tidak akan dilantik MB sebab dia k Pop lahir Singapore.

Mungkin sekali, ini adalah langkah permulaan Azmin mendesak dan meneuntut jawatan MB untuk dirinya.

Namun begitu, Azmin perlu ingat bahawa Sultan tahu Azmin ada kes rasuah yang sedang dalam siasatan dan boleh menimbulkan masaalah kesinambungan pentadbiran. Sultan tahu akan kerendahan moral Azmin. Tak payah mimpi.

Sambil itu, usah Suhaimi ingat akan dilantik Sultan kerana dilahir Bagan Serai perak. Suhaimi pernah bersikap derhaka kepada Sultan.

Nik Nazmi pun usah mimpi kerana lahir di Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.