Saturday, August 30, 2014

Tumbuk-Menumbuk, Baling Kerusi di Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena Kerana Bekas Ketua Bahagian UMNO Tak Puas Hati Kontrak Ubahsuai Istana Menteri Besar


Sama ada bodoh keterlaluan atau tamak tahap mega, bekas Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin mengetuai kumpulan samseng dalam mesyuarat UMNO Bahagian tersebut untuk menyerang, membaling kerusi, menumbuk dan menampal senarai nama G7 yang ditampalkan di pintu masuk Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star jam 12:10 tengah hari tadi. 

Semuanya bermula apabila Ahmad Lebai Sudin dan kumpulannya mempertikaikan senarai G7 yang bakal dipilih kerana beranggapan ia telah diubah.

Keadaan mulai menjadi panas dan tegang apabila penjelasan yang diberikan, tidak dihiraukan. Ahmad Lebai Sudin kemudiannya mengetuai kumpulannya untuk membaling kerusi sebagai tanda tidak puas hati. Gelagatnya itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO Pokok Sena yang lain, menyebabkan berlaku cabar-mencabar dan akhirnya tumbuk-menumbuk.

Tiada kecederaan parah tetapi Ahmad Lebai Sudin sekali lagi mengetuai kumpulannya keluar dari dewan dan mesyuarat kembali bersambung.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Shapie Apdal dan ketika insiden tercetus, perasmian telah pun selesai.

Punca sebenar masih lagi belum diketahui walaupun alasan 'cai' dijadikan punca kemarahan Ahmad Lebai Sudin dan orang-orangnya. Ahmad Lebai Sudin mendakwa senarai telah diubah tanpa diberitahu kepadanya. Senarai baru itu telah ditampal di dinding dan pintu masuk tetapi dikoyak oleh kumpulan Ahmad Lebai Sudin atas arahannya.

'Cai' tersebut sebenarnya tidak diubah sebaliknya telah disusun dan dicetak kembali mengikut turutan abjad. 

Oleh kerana Ahmad Lebai Sudin adalah seorang yang bebal dan terlalu tamak, dia naik angin kerana menyangkakan orang-orangnya telah disisihkan atau didiskriminasi.

Untuk pengetahuan, projek lanskap kediaman rasmi Mukhriz Botak yang menelan kos berbelas juta ringgit itu telah diserahkan kepada Ahmad Lebai Sudin dan konco-konconya dengan harapan, Ahmad Lebai Sudin dan konco-konconya tutup mulut.

Bagaimanapun, Mukhriz Botak yang masih tidak faham politik UMNO Kedah telah melakukan kesilapan besar kerana pemberian dan hadiahnya kepada Ahmad Lebai Sudin menjadi senjata makan tuan. Walaupun mendapat untung berjuta-juta ringgit, Ahmad Lebai Sudin dan orang-orangnya difahamkan sedang menyusun gerakan untuk membuat berpuluh-puluh dalil mengapa Mukhriz harus meletak jawatan Menteri Besar Kedah.

Ahmad Lebai Sudin sudah lama mengidam untuk jadi Menteri Besar Kedah. Pada PRU-13 lalu, dia telah berkompromi dengan Mahfuz Omar untuk menang DUN Bukit Pinang manakala Mahfuz menang Parlimen Pokok Sena. Ahmad Lebai Sudin yang pernah digantung keahlian UMNO dan dilucutkan daripada jawatan Ketua Bahagian UMNO kerana rasuah politik, terpaksa juga diambil oleh Mukhriz Botak yang perasan dia boleh kontrol Ahmad Lebai Sudin. 

Walaupun bapanya, Mahadeath dianggap sebagai orang pintar tetapi ternyata anaknya yang botak itu, langsung tidak tahu apa-apa kerana terlalu bergantung kepada 'BAPA SAYA KIRIM SALAM'.

Tapi apa nak diherankan. UMNO memang rasuah. Memang penipu dan penuh dengan samseng pun. Rasuah bermaharajalela dan penyelewengan wang rakyat untuk kroni-kroni UMNO termasuklah untuk para pemimpin UMNO seperti Ahmad Lebai Sudin semakin berleluasa di seluruh Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.