Monday, September 29, 2014

"Kaki Tidur" Rupanya Iszuree Ni, Patut Mengigau..


Exco kesal sikap Iszuree 

GEORGETOWN - Tindakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim (gambar) yang berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah dan tuduhan terhadap kerajaan negeri amat dikesali. 

Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Iszuree terhadap kerajaan negeri berniat jahat dan tidak langsung mencerminkan perkara sebenar.

​Beliau berkata, tindakan diambil kerana beliau menfitnah kerajaan negeri PR yang diwakilinya sendiri dengan serangan melulu apabila menyamakan kerajaan PR dengan BN dalam meneruskan dasar pro-pemaju ​ketika menguruskan masalah setinggan.

"Ini tidak benar sekali. Kerana kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan kepada pemaju untuk sebarang permohonan atas tanah yang melibatkan setinggan."

Ini adalah perubahan ketara dari dasar BN sebelum ini yang memberi kelulusan pembangunan walaupun masalah setinggan belum diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, perubahan dasar itu ​dilakukan untuk menggalakkan pemaju mengadakan rundingan dan menyelesaikan masalah secara baik iaitu menggunapakai formula munasabah dalam berurusan dengan setinggan.

"Malangnya beberapa pemaju dan pemilik tanah yang ada kaitan dengan BN dan Umno enggan ​berunding dengan setinggan dan sebaliknya menggunakan tindakan mahkamah untuk menghalau​nya tanpa bayaran pampasan yang munasabah.

​"​Untuk kes 'BN atau U​mno'​ sedemikian, kerajaan negeri bukan sahaja mengaturkan peguam untuk membela setinggan tetapi tidak memberi kelulusan pembangunan ​jika pemaju ini berjaya di ​mahkamah," katanya​.

​Afif berkata, Iszuree ​juga ​ sedia maklum mengenai perubahan dasar itu dan beberapa kampung yang disebutnya melibatkan kes mahkamah yang ada kaitan​ dengan Umno atau BN.

"​Untuk setinggan yang menduduki tanah kerajaan, polisi​nya ialah bayaran pampasan atau rumah akan disediakan ​jika mereka terpaksa berpindah atau tidak memiliki rumah."​

Amat dikesali, walaupun selepas dikenakan tindakan, beliau masih cuba mengheret isu lain yang tidak berkaitan dan bermain dengan sentimen," katanya.

Menurutnya, Iszuree seharusnya rasional dan perlu mengakui bahawa kerajaan negeri hanya mengambil tanah untuk tujuan awam termasuk buat kali pertama pengambilan tanah milikan bukan Melayu dan bukan Islam untuk tujuan perkuburan orang Islam.

"Beliau juga harus menerima prinsip lantikan​nya sebagai ahli MPPP bukan dipilih secara langsung oleh rakyat tetapi dilantik kerajaan negeri atas kepercayaan dan keyakinan terhadap​nya sebagai pendukung ​untuk membela rakyat.

​"​ Sebagai​ ahli ​majlis, beliau harus tahu bahawa setiap dasar yang digubal sejak 2008 adalah atas semangat kebertanggungjawaban bersama atau 'collective respo​n​sibility'," katanya. -SH ‎

ULASAN GB

Mula-mula GB ingatkan betullah kritikan Iszuree terhadap kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.

Dalam sibuk-sibuk dia meenempelak DAP, tetiba hulum kebenaran dan keadilan berjalan. Beberapa keping gambar dia "tidur" masa mesyuarat beredar di media sosial. Bukan sekali dia tidur, berkali-kali.

SUNGGUH MEMALUKAN. Kemudian ada hati pula nak cari publisiti hentam kerajaan PR di Penang. Perbaiki dulun dirimu sebelum kamu mengkritik orang. Nanti ditempelak orang "kaki tidur yang sedang mengigau atau bermimpi".

Yang anehnya ada pulak seorang pemimpin PAS kata DAP buli PAS. Rupa-rupanya sama-sama mengigau. PAS yang sepatutnya ambil tindakan ke atas kaki tidur sepertinya. Mujur ada Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Haji Mohamad Sabu yang menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).

"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.