Thursday, October 30, 2014

Masalah banjir di klia2 satu jenaka besar, dakwa DAP

Pekerja di landasan klia2 dilihat cuba mengeluarkan takungan air seperti dirakamkan dalam klip video dimuat naik dalam YouTube semalam.  – 30 Oktober, 2014.Pekerja di landasan klia2 dilihat cuba mengeluarkan takungan air seperti dirakamkan dalam klip video dimuat naik dalam YouTube semalam. – 30 Oktober, 2014.
DAP hari ini membidas Kementerian Pengangkutan gara-gara gagal menyelesaikan masalah banjir, retakan dan tanah tenggelam yang berlaku di klia2.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, menyifatkan masalah yang berlaku di klia2 itu  sebagai jenaka kerana ia sepatutnya tidak terjadi pada lapangan terbang yang kononnya dibina menggunakan teknologi tinggi.
Ini katanya merujuk kepada sebuah video yang dimuatnaik di Youtube semalam bertajuk "Banjir@KLIA2" menunjukkan beberapa pekerja lapangan terbang tersebut melakukan kerja-kerja pembaikan di kawasan landasan yang dinaiki air.
Beliau mengulas mengenai video tersebut berkata insiden dikatakan berlaku pada minggu lepas dan baru dimuatnaik semalam.
"Saya difahamkan ini bukan pertama kali insiden landasan tersebut dinaiki air dan ia berlaku ketika ia masih beroperasi. Mereka bernasib baik kerana lapangan itu masih tidak sibuk," katanya.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.