Friday, October 31, 2014

SPEKULASI KEJADIAN TEMBAK DI PENAMPANG, SABAH TERJAWAB



SPEKULASI KEJADIAN TEMBAK DI PENAMPANG, SABAH TERJAWAB

Kota Kinabalu, 31 Okt – Sidang media oleh SDCP Dato’ Jalaluddin Bin Abdul Rahman, Pesuruhjaya Polis Sabah mengenai kejadian berbalas tembak yang berlaku di bangunan kedai, Bandar Baru Penampang, Sabah telah diadakan pada jam 11.30 pagi tadi.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah dalam sidang media yang diadakan, pihak PDRM telah menerima maklumat bahawa terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan di kawasan Bandar Baru Penampang dan pihak polis telah mengekori kenderaan tersebut dan bertindak memberhentikan kenderaan tersebut dan seterusnya pihak polis telah menghampiri kenderaan tersebut untuk memperkenalkan diri sebagai polis.

Dalam masa yang sama, seorang lagi anggota polis yang berada di sebelah kanan kenderaan saspek telah menjerit ‘pistol’ dan anggota polis yang berada di sebelah kiri kenderaan suspek telah melihat lelaki di bahagian penumpang hadapan memegang pistol ditangannya dan disyaki cuba menembak ke arah anggota polis. Pada masa yang masa anggota polis telah bertindak melepaskan tembakan kepada penumpang hadapan sebelah kiri pemandu bagi mempertahankan diri dan pada masa yang sama juga terdengar beberapa tembakan dilepaskan dari dalam dan luar kenderaan tersebut.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati kedua-dua saspek telah meninggal dunia di mana kedua-dua saspek berumur dalam lingkungan 40 ke 50 tahun. Turut dijumpai oleh pasukan forensik di dalam kenderaan kedua-dua saspek adalah sepucuk pistol semi auto di mana dalam magazine terdapat satu butir peluru hidup. Hasil siasatan juga, di syaki kedua-dua saspek merupakan warganegara asing.

GAMBAR DAN VIDEO : OPERASI MENJEJAK PENGGANAS SULU - Dua Ditembak Mati!!!


Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, semalam.



Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

"Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Febuari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.

Bagaimanapun negara berjaya mematahkan tindakan pemberontak itu melalui operasi bersama pasukan tentera dan polis yang dinamakan Operasi Daulat dengan membunuh lebih 100 pemberontak itu dan menangkap ratusan lagi pengikutnya di negeri tersebut.

Susulan insiden itu kerajaan telah menubuhkan perisai keselamatan bagi mengawal insiden pencerobohan, penculikan dan penyeludupan di Sabah, yang dinamakan ESSZONE (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah ) dan ESSSCOM ( Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).

Sementara itu, di PENAMPANG, Sabah, penduduk pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan Penampang Baru itu.

Saksi kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan itu.

"Saya tengah bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pekerja kedai makanan itu berkata beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.

Beliau juga berkata melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat mangsa yang ditembak.

Tinjauan Bernama mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.

Sementara itu, satu sidang media khas mengenai perkara itu akan diadakan esok oleh Pesuruhjaya Polis Sabah.














VIDEO RAKAMAN AMATUR 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.