Saturday, November 1, 2014
Bas Rombongan Sekolah Rempuh Lori, Guru Dan Murid Cedera
Kuala Lumpur: Sembilan penumpang bas cedera ringan dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di Kilometer 406 Lebuhraya PLUS berdekatan Lembah Beringin 4.16 pagi ini.
Dalam kejadian itu, bas terbabit dalam perjalanan menghala ke utara bersama 44 penumpang.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, kejadian berlaku apabila bas tersebut hilang kawalan lalu merempuh lori yang berada di hadapan.
Menurutnya, rempuhan itu tidak membabitkan kecederaan teruk pada penumpang.
"Hanya sembilan cedera ringan, tujuh dewasa dan dua kanak-kanak," katanya.
Berikut berita yang dipetik dari aplikasi whatsapp
[01/11 8:56 AM] Salfina: Menerima khabar dukacita berkaitan guru...
Satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas yang membawa lebih 40 orang guru dari SK PERMATANG JANGGUS dengan sebuah treler telah berlaku berhampiran Tg Malim kira2 jam 3 lebih awal pagi tadi...... makluman yang diperolehi setakat ini mengatakan rombongan guru dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. GB dan PK1 agak serius......semua penumpang di bawa ke hospital sungai buloh untuk menerima rawatan.........
Doakan agar mereka semua selamat dan dipermudahkan segala urusan ..........
[01/11 1:44 PM] Kamazatulshima: [9:30AM, 11/1/2014] PPDU WAn SHIKIN: Alhamdulillah guru2 sk pmtg janggus kini dlm perjlnan pulang ke penang...semoga Allah melindungi perjalanan mrk semua...
[9:30AM, 11/1/2014] PPDU WAn SHIKIN: Rahim bgtau...gb patang hidung, sorang guru perempuan patah rahang n seorg anak guru cedera dan ditahan di hospital
Ramai cikgu yg luka n lebam muka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.