GENTING SANYEN - “Kami bukan tak mahu pindah tapi kami takut barang rumah kami hilang."
Demikian luahan seorang penduduk, Bayah anak Santar ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Perpaduan Genting Sanyen, kelmarin.
Bayah berkata, dia menafikan penduduk enggan berpindah tetapi hanya bimbang sekiranya barang keperluan rumah mereka hilang.
"Kalau hilang siapa mahu ganti, sudahlah kami terpaksa cari duit setiap hari nak uruskan keluarga.
“Apa pun kami masih berpindah dan tidak menghampakan agensi yang terlibat.
“Saya harap dapat pulang cepat sebab tak sanggup nak tinggal sini lama-lama,” katanya.
Pegawai Jabatan Kemajuan dan Orang Asli Daerah Kuala Langat dan Klang, Jantan Awang berkata, seramai 25 keluarga Orang Asli Paya Rumput ditempatkan di Dewan Perpaduan Genting Sanyen.
Katanya, tidak dinafikan sebelum ini mereka enggan berpindah namun selepas dipujuk mereka bersetuju untuk pindah.
“Bagaimanapun, masih terdapat sebuah lagi penempatan Orang Asli di Bukit Serdang turut berpindah melibatkan 10 keluarga.
“Masalah banjir di kampung Orang Asli kali ini membimbangkan kita kerana terdapat penduduk yang enggan berpindah namun berjaya dipujuk,” katanya. -SH

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.