Wednesday, December 3, 2014

Edisi Bongkar - Pendedahan Kepada Misteri Jambatan 'Bunian' Di Port Dickson

Pandangan dari udara jambatan yang didakwa 'jambatan bunian'



Pandangan hadapan jambatan

Bagi yang tinggal di kawasan sekitar Negeri Sembilan dan Selangor, anda pasti pernah mendengar tentang kewujudan 'jambatan orang bunian' yang dikatakan dibina di lebuhraya menuju ke Port Dickson.

Entah dari mana sumbernya, ramai yang mengatakan jambatan ini dibina khas untuk laluan orang bunian bagi melintas lebuhraya bagi mengelak dilanggar kenderaan yang lalu di situ. Manakan tidak, kedua penghujung jambatan tersebut menghubungkan semak dan hutan sahaja. Jadi, ramailah yang cuba untuk membuat kesimpulan masing-masing.

Penghujung jambatan menghubungkan semak

Namun begitu, setelah disiasat, didapati jambatan itu bukanlah khas dibina untuk orang bunian. Bagi yang membuat kesimpulan begitu, mereka pasti terpengaruh dengan sogokan filem-filem hantu yang membanjiri industri perfileman masa kini. Dimensi alam bunian tidak sama dengan dimensi alam kita ini, mereka tidak perlu pun jambatan di alam ini untuk melintas. Kalau tidak, baik mereka minta MRT lagi baik. hehe...

Sebenarnya, jambatan tersebut dibina untuk haiwan melintas dan kebanyakan negara di dunia sudah lama mengaplikasikan teknik ini bagi mengelakkan kemalangan. Jom kita tengok.


Ok, jadi harap-harap lepas ini, tiada lagi yang menggigil apabila lalu di jambatan itu pada waktu malam. Sila sebarkan fakta ini bagi mengelakkan ketakutan menguasai diri anda.hehe. Dan yang lebih penting dapat mengelakkan lebih ramai yang percaya pada kepercayaan khurafat ini. Sekian 

- viraliyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.