SEKILAS PANDANG: Penjawat awam dan mereka berpendapatan rendah adalah golongan yang akan paling teruk terjejas berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan. Kos sara hidup diramalkan akan meningkat, dan pada masa sama tiada berita berhubung perancangan untuk menaikkan gaji bagi membantu mereka menghadapinya.
Kita boleh memanggilnya sebagai situasi “catch-22” atau apa sahaja, yang pasti ia tidak akan mengubah keadaan semasa.
Letaklah apa sahaja nama namun hakikatnya, kesatuan pengguna sudah secara konsisten mendesak agar paras gaji minima dinaikkan. Namun kerajaan (serta majikan swasta) menekankan bahawa mereka “tidak mampu” meningkatkannya berbanding nilai semasa; iaitu RM900 (semenanjung Malaysia) dan RM800 di Sabah dan Sarawak.
Selain gaji minima yang lebih tinggi, Khalid juga menggesa agar setiap pekerja di sektor swasta dibayar tambahan RM300 sebagai elaun sara hidup.
Gesaan Khalid itu sejajar dengan cadangan yang dibuat Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam Azih Muda.
Azih dilaporkan berkata, kebanyakan 1.5juta penjawat awam masih hidup di bawah paras kemiskinan, memandangkan mereka masih menerim pendapatan minimum RM805 sebulan.
Jumlah itu tidak termasuk pekerja kontrak kerajaan, yang kebanyakannya tidak mendapat perlindungan kewangan melalui sumbangan dalam KWSP.
Walaupun kerajaan dijangka mendapat tambahan hasil berjumlah RM23.3 bilion daripada GST, ia berkemungkinan besar tidak mampu memberikan gaji minima yang lebih tinggi, sekurang-kurangnya tidak buat waktu terdekat ini.
Apatah lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membetangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) di Parlimen minggu lalu untuk memohon tambahan belanjawan RM2.2 bilion, walaupun telah membuat semakan dengan mengurangkan belanjawan awal tahun ini.
Selaku Menteri Kewangan, Najib telah membuat permintaan itu, walaupun tambahan belanjawan berjumlah RM4.1 bilion telah pun diluluskan Parlimen Jun tahun lalu – menjadikan jumlah keseluruhan belanjawan persekutuan kepada RM270.3 bilion.
Selain kerisauan yang sah berhubung pengurusan dana oleh kerajaan, pihak yang mengkritik GST juga telah membangkitkan soal utama yang belum diselesaikan, walaupun sistem tersebut dikatakan lebih telus berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada. Masalah itu adalah betapa cukai pendapatan peribadi hanyalah menjadi penyumbang kecil kepada perolehan kerajaan.
“Di sini kita ada hujah yang mengatakan bahawa cukai pendapatan semasa di Malaysia adalah terlalu kecil (11 peratus bagi syarikat berdaftar dan 14.8 peratus bagi pekerja, setakat 2013).
“Pekerja yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan dikecualikan daripada cukai pendapatan, dan ini meliputi majoriti rakyat Malaysia,” katanya.
Ketika ini, hanya 1.7 juta rakyat Malaysia - daripada anggaran 12 juta tenaga kerja – yang mempunyai pendapatan yang memerlukan mereka mebayar cukai pendapatan.
Dari satu sisi, ia menjadi hujah pelaksanaan GST, bagi meluaskan cakupan cukai melangkaui 1.7 juta yang layak, seterusnya menambahkan perolehan kerajaan.
Tetapi hakikatnya, walaupun ia mampu menambah hasil kerajaan dan mencukai lebih ramai melalui cukai penggunaan, ia akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah terpaksa berhadapan kos sara hidup yang lebih tinggi.
“Gaji warga Malaysia pada masa ini adalah terlalu rendah untuk berhadapan cukai penggunaan tanpa risiko meningkatkan jurang ketidaksamaan dan mengehadkan perbelanjaan isi rumah,” kata Yin yang mengaitkan masalah itu dengan kegagalan dasar ekonomi BN selama ini.
“Bagaimana sebuah kerajaan yang baik dan wajar mengenakan cukai penggunaan kepada warganya, pada masa sama perbelanjaan hasil cukai dipenuhi skandal?” tegasnya.
Dinyatakan sebelum ini bahawa walaupun Malaysia yakin akan mencapai status negara maju pada tahun 2020, kerajaan masih meneruskan dasar yang menggalakkan industri berkemahiran rendah – dengan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Melihat kepada keadaan semasa, kerajaan sudah pun berbelanja terlalu banyak untuk menimbangkan penangguhan GST – ditambah dengan pelancaran saat akhir video karaoke oleh Jabatan Kastam – serta melaungkan kebaikan sistem cukai baru yang ditambahbaik.
Tetapi, tindakan memaksa kerajaan (serta majikan swasta) menaikkan gaji boleh menyebabkan langkah pengurangan kos dalam bentuk lain – bukan dalam perbelanjaannya sendiri – namun barangkali dengan cara yang akan terus mengancam kebajikan pekerja dan standard kehidupan rakyat.
Kegagalan berbuat demikian pula akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah yang sudah pun sedia terbeban, ditimpa lebih banyak kesukaran.
Makai ia membangkitkan persoalan, sama ada kerajaan benar-benar telah menimbang dan mengkaji secara terperinci tentang pelaksanaan GST ini sebelum ia mula diperkenalkan esok (1 April).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.