Monday, March 30, 2015

Harga minyak bulan April 2015 petrol RON95 - RM2.02, RON97 - RM2.32 & diesel - RM1.90

Harga Minyak RON95 RON95 Diesel Bulan April 2015
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan harga runcit baharu petrol dan diesel bagi bulan April 2015 pada Selasa malam 31 Mac 2015
Selepas diumumkan harga runcit bagi bahan api itu akan mula berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam

Dari semakan MYsumber berdasarkan pengiraan purata bulanan trend harga pasaran sehingga 26 Mac 2015, harga Petrol RON95 dan RON97 di jangka akan mengalami kenaikan sebanyak 7 sen seliter
Manakala Diesel akan mengalami penurunan sebanyak 5 sen seliter berbanding bulan sebelumnya

HARGA TIDAK RASMI RON95, RON 97 DAN DIESEL BULAN APRIL 2015

Lampiran dibawah bagi harga minyak pada bulan April adalah harga jangkaan dan tidak rasmi
Harga Jangkaan Minyak Bulan 4 April 2015
Catatan: Harga jangkaan minyak bagi bulan 4 (April) dikemaskini pada Ahad 29.3.2015 @ 7:24 PM
Graf Minyak Naik
Graf menunjukkan trend harga pasaran yang sedang menaik dan tidak mustahil harga runcit terutamanya RON95 dan RON97 akan mengalami kenaikan beberapa sen lagi pada hari pengumuman rasmi nanti
Jikalau menurun, ianya satu berita baik untuk rakyat Malaysia

HARGA RASMI RON95, RON 97 DAN DIESEL BULAN APRIL 2015
Harga runcit sebenar dan rasmi akan dinyatakan selepas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat pengumuman nanti
Info Subsidi Minyak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.