Tuesday, March 31, 2015

Pembelian panik menjelang 1 April bukti rakyat tak percaya temberang menteri

Image result for GST

ORANG ramai berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli pelbagai barangan terutama barang keperluan harian menjelang perlaksanaan cukai GST pada 1 April 2015‎.

‎Boleh dilihat dengan jelas rak-rak tempat pameran barangan di salah sebuah gedung membeli belah licin, ada juga pengguna yang memborong pampers sebanyak mungkin.

‎
Corak perbelanjaan yang disifatkan sebagai pembelian 'panik' ini tidak lain dan tidak bukan susulan kebimbangan orang ramai terhadap kenaikan harga barang apabila cukai GST dilaksanakan nanti.

‎Ini menunjukkan satu mesej jelas bahawa rakyat tidak percaya dengan temberang menteri yang mengatakan kononnya harga barang akan turun apabila cukai baru GST dilaksanakan bermula 1 April 2015.

Jika kenyataan menteri diyakini, sudah tentu orang ramai akan menunggu sehingga 1 April untuk berbelanja kerana pada waktu itu harga barang keperluan harian sudah turun hasil perlaksanaan cukai baru GST seperti kata menteri.

‎Ini juga menunjukkan bahawa ratusan juta wang rakyat yang dibelanjakan kononnya untuk memahamkan rakyat tentang cukai GST sia-sia dan tiada erti, sekadar memberi projek untuk mengayakan kroni.

Teruskan bantahan kita!
GST — Golongan Susah Tertindas
Hapus Cukai Rakus!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.