Monday, March 30, 2015

Wanita kecewa cukai GST melingkupkan perniagaan hampir 10 tahun diusahakan

Image result for kerana GST tutup perniagaanImage result for kerana GST tutup perniagaan

BUKAN bangsa lain yang mematikan perniagaan orang Melayu, tetapi pemimpin Melayu sendiri — itulah luahan seorang wanita peniaga pakaian melalui laman facebook miliknya yang kecewa dengan perlaksanaan cukai GST bermula 1 April tahun ini, bakal menutup perniagaan hampir 10 tahun diusahakan.

Apa sahaja kenyataan menteri yang menggambarkan betapa baiknya cukai baru GST kepada rakyat, akan kita ketahui kebenarannya tidak lama lagi. 

Apa yang jelas, belum pun cukai itu dilaksanakan, sudah terlalu banyak kesan buruk menimpa rakyat baik dari segi kenaikan harga barang sehinggalah ‎akibat buruk terpaksa ditanggung oleh peniaga kecil yang tidak boleh 'claim' cukai GST disebabkan perusahaan mereka yang kurang dari RM500,000 keuntungan setiap tahun.

Berikut 'screen shot'‎ luahan beliau yang diambil dari laman facebook miliknya. 


Semakin banyak menteri menyatakan kebaikan GST, agar rakyat menyokongnya, semakin banyak bukti realiti yang menunjukkan bahawa cukai GST hanyalah sejenis cukai rakus yang menindas golongan bawahan (regressive)‎

‎GST — Golongan Susah Tertindas 
Hapus! Hapus! Cukai Rakus!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.