Thursday, April 2, 2015

Cerita Lawak Dari Pejabat Perdana Menteri


Cerita Lawak Dari Pejabat Perdana Menteri. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan Putrajaya berkuatkuasa hari ini halal dan tidak akan menyusahkan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berucap di World Halal Summit 2015, Najib berkata Majlis Fatwa Kebangsaan negara ini mengesahkan status halal cukai penggunaan yang ditetapkan pada kadar 6% itu.

"Ia (status halal) disahkan oleh fatwa kami (Malaysia). Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan GST sebenarnya halal.

"Jadi, ia wajar untuk saya sentuh dalam majlis hari ini," kata Najib dalam ucaptamanya pada majlis itu yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.

Najib menyifatkan pengenalan GST tersebut sebagai penting dalam usaha Malaysia menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi.

"Ini siri pembaharuan cukai yang bersejarah dalam negara ini.

"Ia bagi menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan, telus, mudah dan akan menyumbang ke arah memastikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Najib juga berkata, GST yang diperkenalkan Putrajaya sudah menjalani kajian diteliti, malah dianggap sebagai cukai paling teliti pernah dilaksanakan kerajaan, kerana banyak barang dikecualikan di bawah sistem itu.

"Pelaksanaan GST di Malaysia sudah menjalani kajian yang rapi dan teliti untuk hampir 30 tahun. Hasil kajian itu kami memutuskan distrukturkan cukai baru bagi menyamakannya dengan cukai di negara lain.

"GST kami akan mengecualikan banyak barang dan perkhidmatan, malah dikatakan paling rumit dan mempunyai pelbagai lapisan struktur GST dalam dunia," katanya sambil menambah terdapat hampir 4,000 barangan yang dikecualikan cukai atau berkadar sifar di bawah GST ini.
Cerita Lawak Dari Pejabat Perdana Menteri

Menurut Najib, kaedah pengenalan GST yang mengecualikan banyak barangan bertujuan supaya orang ramai tidak mengalami kejutan, sambil menegaskan pakej GST menyeluruh dan meliputi semua aspek.

"Inilah sebabnya kami perkenalkan dengan cara ini, kerana kami mahu orang ramai perlahan-lahan menerimanya dan menghargai GST.

"Saya juga ingin tekankan, pengenalan GST datang dengan pakej menyeluruh, termasuk penurunan cukai pendapatan individu daripada 1 kepada 3% untuk penilaian tahun 2020, cukai korporat diturunkan menjadi 24% daripada 25% dan pada masa sama, BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) dinaikkan untuk kumpulan berpendapatan rendah," katanya.

Najib dalam ucapan itu kemudiannya membuat kesimpulan yang GST yang diperkenalkan Malaysia tidak akan membebankan rakyat tetapi sebaliknya akan mendatangkan manfaat kepada mereka.

"Jadi, keseluruhan cukai ini dibentuk supaya ia tidak membebankan rakyat dan orang ramai," katanya.

Kerajaan memperkenalkan pelaksanaan GST bertujuan menambah hasil pendapatan kerajaan, tetapi ia ditentang pembangkang kerana sistem percukaian itu dilihat membebankan rakyat.

Malah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi gambaran sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan merosot sekiranya orang ramai dibebani dengan cukai yang terlalu banyak yang diperkenalkan.

Ia dikatakan bakal meningkatkan kos rawatan perubatan dan kesihatan, malah bahan api RON97 juga, termasuk perniagaan dalam talian dan harga beberapa barang keperluan asas.




Addin:

Hari pertama pelaksaaan GST sudah pelbgai cerita yang timbul.. Barangan yang sepatutnya yang tidak dikenakan GST dikenakan GST. Bermakna kerajaan tidak betul-betul bersedia dalam pelaksaaan GST. GST sebenarnya mencengkam dan menyusahkan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.