Thursday, April 2, 2015

Surat Terbuka Kepada 136 Ahli Parlimen "Bermazhab" Ahlul Sunnah Wal Jamaah Atau Mazhab Apa Pun



Salamun Alaikum Tuan-Tuan dan Puan-Puan.  Di sini saya ingin kongsi sedikit 'maklumat' dari Kitab Allah Al Quran. Samada Tuan-Tuan anggap ini sebagai maklumat, ilmu, teguran, kritikan dsbnya terpulang kepada Tuan2. Saya cuma ingin berkongsi beberapa ayat Al Quran.

Yang pertama adalah :

Surah 2:285 "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Pemeliharanya (Rabbi), dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan rasul yang lain”. Mereka berkata lagi: Sami'na wa ata'na Kami dengar dan kami taat.   (memohon) keampunanMu wahai Pemelihara kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Rasulullah dan orang yang beriman telah percaya kepada Al Quran Kitab Allah. Maka apabila kita dengar ayat Al Quran reaksi orang Islam hanya satu saja : Sami'na wa ata'na yang bermaksud 'kami dengar dan kami taat'.

Tidak ada ruang untuk keraguan, prasangka atau menyoal balik ayat Al Quran. Itu adalah perbuatan orang kafir.

Surah 2:93   "Dan ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan Al Tur ke atas kamu - “Ambilah apa yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah. Mereka menjawab: (Sami'na wa ashayna )  Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah ”Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.

Inilah kisah satu kaum yang dulu yang juga telah diturunkan wahyu Allah kepada mereka tetapi mereka menjawab 'Kami dengar tapi kami tidak mahu patuh'. Merekalah orang kafir.

Bagi orang Islam pula, apabila dihadapkan ayat Quran, pilihan kita mesti 'Sami'na wa atayna'  (kami dengar dan kami patuh). Jangan sekali pun memilih 'Sami'na wa ashayna' (kami dengar dan kami menderhaka). 

Seterusnya pedoman ayat Quran :

Surah 6:54  "Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah: “Salamun Alaikum". Pemelihara kamu telah menetapkan bagi diriNya rahmat,  bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaikinya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Apabila orang-orang yang percaya kepada ayat Quran datang kepada kamu, maka katakanlah Salamun Alaikum. Dan percayalah jika kita melakukan kejahatan atas sebab kita jahil, kemudian kita bertaubat dan memperbaiki kesalahan kita maka Allah sedia mengampuni kesalahan dan kezaliman kita.

Surah 42:21    Wajarkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (shirik) yang menentukan – mana-mana bahagian dari ugama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Hubaya! Hubaya! Awasilah Tuan-Tuan dan Puan-Puan 136 orang Ahli Parlimen. 

Jangan tertipu oleh puak-puak penipu yang menulis undang-undang mengikut suku-suku mereka sendiri atau yang ditulis oleh suku bapak-bapak moyang mereka sendiri lalu dijaja dan dijual borong sebagai undang-undang tuhan, hukum tuhan dsbnya.  Itu adalah perbuatan shirik.

"..mereka mempunyai sekutu-sekutu (shirik) yang menentukan – mana-mana bahagian dari ugama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?"

Dan shirik adalah satu kezaliman atas diri kita sendiri yang bakal menjemput laknat dan azab Allah swt. Bencana, bahaya, musibah, sial dan azab pedih menunggu mereka yang terjebak dalam shirik. Percayalah.

Surah 16:104 - 105 

[104] Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
 
[105]   Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.

Yang tergamak berdusta itu hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah. Mereka boleh menulis hukum mereka sendiri dan menjualnya sebagai hukum Allah. Mereka ini adalah pendusta. Jangan kita terpengaruh oleh mereka atau mudah tertipu oleh mereka.  

Penipu syaitan seperti ini senantiasa wujud di kalangan manusia dari dulu sampai sekarang :

Surah 2:79  Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

Kecelakaan besarlah ke atas sesiapa pun (dari zaman dulu, zaman sekarang dan zaman akan datang) yang menulis ikut sesuka hati mereka dan kemudian berkata "Ini adalah dari sisi Allah".

Mereka sanggup berdusta untuk mendapat sedikit keuntungan bagi diri mereka.  Siapa kah mereka ini ? Kita ambil iktibar dari kesesatan kaum dulu.

Surah   9:31  Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pemelihara (rabb) selain dari Allah, dan juga Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah  Yang Maha Esa; tiada tuhan melainkan Dia.  Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

Ayat ini merujuk satu kaum terdahulu yang sesat kerana meletakkan pendita dan pendidik agama mereka sebagai "rabb" atau pemelihara selain dari Allah. Mereka mendewakan pendita-pendita agama. 

Sudah tentu pendita-pendita agama ini bukan menulis skrip untuk drama pentas atau menulis buku teks matematik sekolah menengah.  Mereka menulis hukum-hukum agama, undang-undang agama dsbnya yang mereka kemudian menjualnya sebagai hukum tuhan, hukum Allah, kehendak agama dsbnya.

Apakah orang Islam boleh terlepas daripada kesilapan besar dan kesesatan yang nyata pendita agama yang seperti ini? 

Kepada 136 Ahli Parlimen yang bermazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah atau mazhab apa pun, mereka harus ingati  saranan ayat Quran ini. 

Jangan percaya kepada mereka yang tidak percaya ayat Quran. Jangan ikut mereka yang menulis hukum dengan tangan sendiri kemudian menjajanya sebagai hukum-hukum agama, hukum tuhan dsbnya.

Apakah akibatnya jika kita menuruti kehendak puak-puak pendita yang penipu ini?

Surah 6:65  Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

Maka sebab itulah kita melihat mereka bertentangan, berpecah-belah, berpuak-puak, bersuku, berperang, berbunuh, berselisih dan bergaduh tanpa putus.  

Mereka sedang diseksa dan di azab sebab mereka telah mengada-adakan hukum suku dan puak mereka sendiri yang tidak diizin Allah dan RasulNya.

Sesiapa yang rela mengikuti mereka maka bersedialah untuk dilaknat Allah swt dengan bala bencana yang akan menimpa atas kepala mereka. 

136 ahli Parlimen yang bermazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau mazhab apa pun harus fahami perkara ini.  Jangan main main.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.