Sunday, May 31, 2015

1MDB: Nak selesaikan masaalah pun dikasi masaalah?


Semalam dilaporkan bahawa ada usaha kerajaan untuk restructure 1MDB yang sudah diperakui beberapa kali tentang gearing atau tahap hutang yang terlalu tinggi.

Ia sudah disebut sebagai tidak sustainable oleh Dato Husni Hanazlah di Parlimen dan Dato Wahid Omar dalam penjelasan pada Pemuda UMNO. Malah PM pun ada sebut dalam interview TV3 apabila sedia menerima pandangan tentang business model 1MDB.

Selain itu, 1MDB berupaya mendapatkan dana dari Abu Dhabi sebanyak USD1 billion.

Sebaik saja diumumkan rancangan untuk jadikan TRX, Bandar Malaysia dan Edra Energy sebagai unit-unit berlainan, ada pulak kata ini apa punya roadmap. Hujah tidak ada. Tak cukup ilmu kot.

Wang USD1 billion itu boleh membolehkan pengstrukturan semula 1MDB dan bantu melegakan beban hutang hingga lebih dari RM16 billion. 

Ada persoal: 1MDB: How do you fix a problem you cannot identify?

A restructuring plans for 1MDB but do we know the problems? - TK Chua

Bukankah mereka juga yang tergesa mahu lelong saja 1MDB cheap cheap dan tak payah lagi tunggu PAC dan AG sebab kata mereka setahun kena bayar RM2-3 billion hutang?

Ada blogger juga tulis kata cadangan pengstrukturan semula ada pengakuan pihak kerajaan telah lakukan kesalahan.

Oklah tu Jang. Dah ngaku tak sustainable. Tapi bab tuduh mencuri tu sila buktikan. 

Apa hal pun masaalah kena selesaikan dan tak boleh dibiarkan gitu. Hal nak cari salah, boleh diteruskan asal tak berbohong dan tak guna alasan Sarawak Report. 

Kedudukan kewangan terkini sudah dipastikan dan sesuatu perlu dirancang segera supaya boleh diimplimentasi sambil pihak yang perlu cari salah teruskan usaha. 

DAP pula tak habis menimbulkan persoalan:

Pua: Desperate 1MDB seeking loan shark

LKS: What string attached to 1MDB's latest loan, ask DAP?

Taktik biasa DAP... komunis memang gitu. Propaganda tak henti. Dah memang kerja mereka sentiasa cari salah walaupun kecil. 

Persoalan sama ...

Is Malaysia on a fire sale?

Is Malaysia on a fire sale? – J.D. Lovrenciear
Tak fahamnya bila ada pun sama macam pembangkang cari salah benda kecil hingga isu pun salah macam pembangkang. Salah tuduh takpa asal prinsip betul hehehe ...

Wenger Khairy pula memberi analisa implikasi seoalah-olah 1MDB pinjam Deutsche untuk selesaikan hutang dengan IPIC tapi kini dia kata pinjam dari IPIC untuk selesaikan Deutche bank. Baca SINI.

Cekap dia analisa dengan fakta. Syabas. Cuma kesimpulan Wenger ada silap sikit tapi maknanya besar. Ini bukan pinjaman langsung! Pasti Wenger berupaya kaji balik. Kenyataan Husni Hanazlah memang agak misleading.

Cukup-cukuplah ... kamu juga kata Cabinet patut reject bailout.Jika jual tanah dihalang, Bank ditakut-takutkan, dan apa usaha nak disabotaj, tycoon mana yang ada kepentingan nakkan asset2 1MDB cheap cheap????

Wenger turut kata Unspinner turut setuju tindakan jual tanah TH. Itu tidak tepat dan meleset sekali sebab Unpsinners kata padan muka Melayu sebab emosi hingga terjual tanah itu. Pasti tidak bermakna setuju.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.