Saturday, May 2, 2015

Pelajar Genius Dari Malaysia Dihukum Penjara 5 Tahun Kerana Kelucahan Paling Melampau Dalam Sejarah Siasatan Di UK.

Ya tuhan. Menjadi cerdik tak menjanjikan kau seseorang yang bijak mengawal nafsu. Gila. Sangat gila. 

Menurut laporan berita dari portal Mirror UK ;

1. Nur Nordin berusia 23 tahun merupakan pelajar pintar matematik.

2. Nur Nordin juga ditawarkan biasiswa ketika menyambung pengajian di UK.

3. Ketika ditahan, Nur Nordin didapati sedang duduk bersebelah dengan patung-lelaki (macam patung seks wanita).

4. Nur Nordin mula menjadi kes siasatan polis apabila sering upload gambar2 kelucahan di laman sosial.

5. Selepas komputer ribanya dirampas, polis menemui ratusan ribu gambar2 lucah dan porno melampau yang melibatkan kanak-kanak (obsesi seks terhadap kanak-kanak)

6. Pasukan siasatan UK juga menyifatkan koleksi itu paling melampau yang pernah mereka lihat dalam sejarah kes paedophiles.

7. Pasukan penyiasatan juga menyenaraikan majoriti gambar2 kelucahan melampau yang dimiliki oleh Nur Nordin sebagai kategori berkelas A - maksudnya paling extreme dan melampau (obsesi seks terhadap kanak-kanak dan penderaan seks).

8. Nur Nordin dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan polis mempertimbangkan mahu menghantar Nur Nordin pulang ke Malaysia selepas selesai menjalani hukuman (dilarang masuk ke UK).

Tengok gambar dia. Pergh. Aku takut beb. 23 tahun dan obsesi seks terhadap kanak2. Dia didakwa kerana menyimpan, memiliki dan mengedar gambar2 tersebut tau. Bukan melakukan perbuatan tersebut terhadap kanak-kanak. Kecenderungan seks yang jahat. Itupun pada aku memang jahat la. Mula2 tengok. Lama2 mungkin buat. Yucks.

 
Laporan Metro ;

Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United Kingdom selepas didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak. Tertuduh dikenali sebagai Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London didakwa didakwa memiliki 1,156 video dan selebihnya imej pornografi kanak-kanak yang sebahagiannya paling keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.

Nur Nordin yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.

Memetik laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pasukan penyiasat curiga selepas mendapati akaun milik lelaki itu memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.

Apabila polis menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park di London, mereka mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.

Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka menyiasatalat-alat elektronik milik tertuduh.

Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman. Pegawai penyiasat, Konstabel Sara Keane berkata, Nordin didakwa memiliki dan berkongsi beberapa gambar yang paling melampau yang pernah dilihat oleh polis di negara itu.

"Kes ini amat mengerikan kerana tertuduh bukan saja memiliki gambar itu malah memuatnaik untuk tontonan orang ramai," katanya. - Mirror.co.uk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.