Friday, June 19, 2015

Mangsa Tembakan Polis Dijatuhkan Hukuman Penjara 18 Bulan & Denda 5,000 - Di Manakah Keadilan?

Agak lambat mendapat berita neh. Dah berlaku 2,3 hari dah pun. 

Tadi baca berita mengenai pembebasan OKZ11 di wall kak Nashita. Sultan Perak (yang baru) akhirnya beri pengampunan kepada kesemua OKZ11 untuk dibebaskan bersempena kedatangan ramadhan yang mulia. Pendapat aku, itu satu tindakan yang baik bagi sultan Perak untuk menambat ahti dan kepercayaan rakyat terhadapnya. Apatah lagi kebelakangan neh kita tengok ada beberapa statement berkias Sultan Nazrin terhadap kerajaan pusat. Kiasan makan dalam. Sapa yang baca dia tahu la apa yang aku maksudkan.

Then. Baca punya baca aku terbaca sebaran berkenaan ;





Hmm.

Tak puas ahti gak. Takde pula nampak portal2 online update. Tak penting ke cerita neh? Google jap. Dapat info lagi detail ;


Jadi apa yang berlaku ialah ;

1. Pada tahun 2007, berlaku satu ceramah berkenaan BERSIH.

2. Lokasi Batu Burok, Terengganu.

3. Dalam ceramah berkenaan, ada campurtangan polis yang menyebabkan Suwardi sendiri terkena tembakan polis.

4. Namun Suwardi dan Azman didakwa mencederakan polis (menganggu polis menjalankan tugas menyuraikan ceramah) dan akhirnya didapati bersalah selepas 8 tahun.

5. Hukuman penjara ditambahkan dan dengan denda lagi 5,000.

6. Sapa yang tembak sapa dan sapa pula yang kena penjara neh?

Pelik betul la.

Orang yang kena tembak masuk penjara atas alasan mencederakan polis. Pendakwaraya pun beria2 pula menambahkan hukuman lagi. Adakah hadir ceramah itu merupakan kesalahan berat? Tambahan pula tertuduh siap kena tembak lagi? Takan takde ahti perut?

BERSIH sebelum tahun 2008 ialah dibawah kendalian PAS. Aku harap PAS boleh berpakat dengan BERSIH 2 bagi membantu Suwandi dan Azman yang tertindas dalam peristiwa tersebut. Kesian kot. Macam takde sambutan dan sokongan awam terhadap mereka berdua padahal mereka berdua pun mangsa penindasan juga.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.