Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendedahkan, sebanyak RM680,000 dibelanjakan setiap bulan untuk menyelenggara Menara Felda.
Razali dalam jawapannya di Parlimen menyebut, kerja-kerja itu dijalankan oleh Dayaurus Sdn Bhd yang menyediakan menguruskan kemudahan di Menara Felda.
"Skop kerja itu termasuk membersih, mencuci, penyelenggaraan luaran dan operasi,” katanya.
Kontrak tersebut diberi melalui tawaran sebut harga melibatkan beberapa syarikat yang ditawarkan untuk mengambil bahagian, katanya.
Susulan itu, lembaga tender Felda menerima tiga tawaran, tambahnya.
Ia bagi menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub). - M'kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.