Friday, July 31, 2015

MB NEGERI SEMBILAN SOKONG MUHYIDDIN

SATU LAGi


MUNCUL PULA AUDIO ANTI-PM, TAPI MB NAFI

Selepas kebocoran video kenyataan menggemparkan Muhyiddin Yassin, muncul pula rakaman suara yang kritis kepada perdana menteri yang didakwa dibuat oleh menteri besar Negeri Sembilan.

Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.

Menteri Besar Mohamad Hasan bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan  yang menurutnya tidak berasas itu.





Berikut antara transkrip rakaman itu:
Saya bukan nak menyebelah Muhyiddin, mana-mana pihak. Tapi dia cakap tu ada fakta. Betul. Apa dia kata, mistake has been doneIt’s okay. You know, just apologise. Kita akan bersama dengan dia, bukan kita nak suruh dia berhenti ke letak jawatan.

Betulkan balik. Jom sama-sama repair. Macam Mahathir tanya tusimple. Dia tak tanya apa, dia tanya duit itu pergi mana, itu saja. Apa yang Najib susah sangat sebenarnya, duit ini aku dah terpakai. Aku dah silap salah manage. Dah tersilap, habis ceritalah.

Mahathir nak itu saja, Bukan nak tahu itu tidak. Yang ditangkapnyaofice boydispatch, 1MDB ditangkapnya, ya Allah hai.

Muhyiddin kata itu betul. Statement dia di Cheras, Muhyiddin kata kenapa tak tangkap orang yang bersalah dan disyaki?

Yang ditangkap adalah yang tidak bersalah. Benda ni kan, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah najib. Siasat Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.

Macam mana tu office boy, standard office boy nak buat kerja RM42 bilion ini? Macam tak logiklah benda ini.

Ini yang datang kemarahan rakyat. Rakyat ni tak bodoh. 



KAH KAH KAH
woit
natang gapo ni
batang berok mano
kah kah kah

KANTOI LAGI


--------------------

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.