Monday, September 28, 2015

Hanya salah faham, Reezal nafi langgar protokol panggil duta China

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina menafikan beliau terlibat secara langsung dalam isu jemputan Duta China Dr Huang Huikang ke Wisma Putra. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina menafikan beliau terlibat secara langsung dalam isu jemputan Duta China Dr Huang Huikang ke Wisma Putra. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2015.
Menyifatkan kekeliruan mengenai jemputan ke Wisma Putra yang dipanjangkan kepada Duta China Dr Huang Huikang sebagai salah faham, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina berkata, beliau tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut.
Malah katanya, keputusan mengadakan perjumpaan dengan duta itu bukan di bawah arahan beliau, sambil menambah, beliau tidak pernah menandatangani sebarang surat berkaitan jemputan itu.
"Ini semua salah faham sahaja, tidak ada apa-apa. Di sini saya tegaskan, saya tidak pernah tandatangani sebarang surat yang menyebabkan saya melanggar protokol.
Terdahulu hari ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mendakwa, Reezal tidak mengikut protokol apabila memanggil Huang, dikatakan bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa melawat Jalan Petaling di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.