Friday, October 23, 2015

Mengapa BR1M naik sikit ketika hasil GST RM39 bilion, soal Wan Azizah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berpuas hati dengan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disifatkannya kecil berbanding kutipan cukai barang dan perkhidmatan yang bernilai RM39 bilion. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berpuas hati dengan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang disifatkannya kecil berbanding kutipan cukai barang dan perkhidmatan yang bernilai RM39 bilion. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Oktober, 2015.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan kenaikan kecil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana hasil kutipan yang dikutip daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai RM39 bilion.
Jumlah keseluruhan BR1M dalam Bajet 2016 adalah RM5.9 bilion, namun ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih mempersoalkannya.
"GST kalau difikirkan GST yang dikatakan dikutip kerajaan, seorang kena bayar setahun RM1300.
 "Kalau dibandingkan dengan BR1M yang diberikan RM1000 untuk satu keluarga akan kekurangan apa yang dibagi balik, kurang daripada apa yang diambil daripada GST," kata Dr Wan Azizah sejurus selesai pembentangan Bajet 2016 di Parlimen.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan hari ini berkata sekiranya GST tidak diperkenalkan dan masih bergantung kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), hasil negara akan berkurangan RM21 bilion jika keadaan semasa diambil kira.
"Sehubungan itu, pada 2016, dalam perkiraan kerajaan, sekira dan seandainya GST tidak dilaksanakan, dan kita masih dengan sistem SST seperti yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak RM21 bilion.
"Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak RM39 bilion," kata Najib yang juga menteri kewangan.
Menurut Najib, kesannya defisit negara akan meningkat kepada 4.8%, dan bukan lagi 3.1% seperti disasarkan pada 2016.
Najib semasa memperkenalkan GST pada April lalu juga berkata akan memulangkan semula hasil tersebut kepada rakyat.
Namun, Dr Wan Azizah, mengatakan tidak yakin dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit kepada 3.1% kerana setiap tahun mereka akan membentangkan bajet tambahan.
"Saya tidak yakin kerajaan akan mampu mengurangkan bajet defisit kepada 3.1%. Ini disebabkan mereka selalunya akan terpaksa bawa bajet tambahan.
"Dengan melihat keadaan ketika ini, kita tidak akan mampu lakukannya kerana kita sudah menghadapi defisit sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuang daripada menteri kewangan.
"Negara sudah dalam keadaan defisit untuk satu tempoh yang lama," katanya.
- TMI

1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.