Sunday, November 1, 2015

Subsidi Beras Hapus - Dokumen Viral Di Laman Sosial.

Sejak siang tadi tersebarnya satu dokumen kerajaan yang mengatakan bahawa program subsidi beras akan ditamatkan pada 31 december 2015 dan tidak akan disambung semula selepas ini.

Baca dokumen yang tersebar ;


Kesahihan dokumen di atas perlu disemak dan dipastikan terlebih dahulu. Kita pun tak tahu kebenarannya namun jika benar aku tak heran langsung. Selaras dengan pembentangan bajet oleh Najib baru-baru neh, kalau korang semua ada mendengar ucapan dia yang bosan dan berjela-jela tu (actually pembentangan bajet oleh mana-mana pihak memang membosankan dan berjela2 pun haha) dia ada sebut bahawa kerajaan komited dengan pelan rasionalisasikan subsidi.

Maksudnya jika subsidi beras terhapus, kerajaan kau sedang komited la dengan apa yang mereka rencanakan sebelum neh. Iaitu hapuskan subsidi dan salurkan subsidi secara bersasar. Itu kata mereka la.

Haha.

Oke. Aku ada pro dan cons dalam isu penghapusan subsidi beras.

Jujur aku cakap, dari subsidi beras hancur baik kau subsidi beras mahal sikit.

Pengalaman aku sendiri. Beras murah memang tak berbaloi. Maksudnya, nampak je murah tapi dari segi ketahanan dan kekenyangan, beras mahal lebih menjimatkan. Tapi ini mungkin terpakai untuk isi rumah 4,5 orang. Kalau lebih dari tu aku rasa mungkin mereka ada pandangan yang berbeza. Mana nak jimat kalau yang nak makan nasi tu pun ramai-ramai ye tak?

Pengalaman aku la, beras mahal bila masak boleh tahan sampai 2 hari. Aku guna beras siam. Kadang2 kami tak makan habis boleh tapau esok hari. Seriyus.

Beras murah yang ada subsidi tu kadang2 dalam dia ada serangga hidup. Tak faham sangat aku. Adakah ianya memang ada sejak dipacking atau memang kat rumah aku neh jenis tempat pembiakan serangga. Bila aku beli beras mahal atau beras perang, satu ekor serangga pun takde. So, aku cam pelik sikit ahh.

Bukan itu saja. Ada sesetengah beras murah tu jenis cepat basi. Aku terfikir juga. Mungkin cara masak aku tu tak betul. Tapi kan, masak beras siam elok pula tak cepat basi. Padahal cara masak sama juga. Aku bukan nak tuduh2 apa. Tapi ini memang pengalaman aku kot. 

Sama macam minyak masak. Dulu aku guna sawit. Tapi sejak beberapa bulan lepas aku dah bertukar kepada minyak bunga. Bunga canola ada, bunga matahari pun ada. Yang popular minyak bunga matahari arhh. Hihi.

Mula2 sebelum tukar aku rasa beban. Tapi aku just nak mencuba. Betul ka minyak ini lebih menjimatkan. Aku tengok cina selalu beli. Sekali memang betul la pula. Minyak tu dia lagi bersih kot. Lepas goreng ayam, warna dia takde kuning pekat macam minyak sawit yang belum guna. Bayangkan.

Minyak bunga lepas goreng ayam = warna dia lebih bersih dari minyak sawit yang baru.

So boleh nampak tak jimat ke tak jimat. Guna sikit pun dah berbaloi. Lebih bersih, lebih sihat. So pendapat aku secara peribadi, kerajaan patut subsidikan benda2 berkualiti dari subsidikan benda2 yang takde kualiti kepada kita sekaligus menjejaskan kesihatan kita. Penting bila subsidikan benda2 berkualiti sebab orang2 yang tak berkemampuan pun boleh jalani gaya hidup sihat kan. Ini tidak. Asyik2 orang berduit dan kaya je dapat makan benda elok dan berkualiti. Kita yang miskin pun sihat juga.

Hapuskan subsidi di atas, buat subsidi ke atas barangan makanan yang berkualiti. Takut orang kaya nikmati subsidi? Apa salahnya dah mereka pun orang Malaysia dan membayar cukai. Nak eliminate warga asing, aku faham juga faktor dari segi kemampuan kewangan kerajaan. Tapi jangan tolak sangat hak orang Malaysia nikmati subsidi. Kaya miskin sama menyumbang. Satgi orang2 kaya neh bising plak dah bayar macam2 cukai nak makan subsidi sikit pun kerajaan berkira. Bukan semua orang kaya atau berkemampuan itu jahat kan. Kalau nak asingkan sangat subsidi, pastikan menteri2, kroni2 & kapitalis2 tamak diharamkan dari menikmati subsidi. Itu baru betul subsidi bersasar.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.