Monday, November 2, 2015

Enggan tolak Bajet 2016 bukti PAS bekerjasama dengan BN, kata DAP

Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS jauh tersasar daripada kenyataan mereka untuk bersama parti pembangkang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS jauh tersasar daripada kenyataan mereka untuk bersama parti pembangkang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.
Keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN), kata Setiasaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Ketua menteri Pulau Pinang itu yang kesal dengan tindakan PAS untuk menolak Bajet 2016 sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.
"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan PAS, bukan sahaja rakyat Malaysia namun penyokong mereka.
Sinar Harian melaporkan hari ini PAS mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.
Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesemua ahli Parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan ini.
Beliau pada masa sama turut menyifatkan tindakan PAS itu dilihat sebagai parti bermasalah seperti BN termasuk keputusan parti Islam itu yang ingin menjadi penasihat kepada Umno.
"Kita katakan BN adalah sebahagian daripada masalah dan DAP adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah.
"Satu alternatif baharu yang bersih dan berdaya saing. Seperti saya katakan, sekiranya mereka mahu menjadi sebahagian daripada penyelasaian namun kekal sokong BN, mereka ini adalah masalah," katanya.
Ditanya peluang Pakatan Harapan setelah PAS tidak menyokong penolakan Bajet 2016, Lim berkata ia akan diteruskan juga.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.