
Semalam diumumkan bahawa mulai hari ini akan berlaku kenaikkan kadar tambang yang menggunakan perkhidmatan Komuter KTMB ... hari ini salah seorang pengguna Komuter KTMB telah memuat naik gambar kadar tambang tiket yang semalam dengan hari ini yang ternyata sudah berlaku kenaikkan melebehi 50%.
Kenaikkan yang dianggap oleh para pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ini sebagai terlalu tinggi dan drastik naik secara mencanak dan mendadak.
Bermakna kos pengangkutan awam mereka sudah naik melebehi 50% sebulan.
Suka atau idak pihak kerajaan kena akui ianya memberi kesan agak kuat juga kepada aliran urus kewangan mereka. Apa yang lebih menyedihkan mereka ialah walaupun kadar tambang naik melebehi 50% tetapi mutu perkhidmatan masih ditakuk lama.
Sudah pasti kena akui keputusan menaikkan kadar tambang ini akan memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada UMNO/BN pada PRU ke-14 nanti kerana rata-rata yang menggunakan perkhidmatan Komuter ini untuk berulang alik ke tempat kerja atau sebagainya adalah mereka sama ada yang hidup dengan berpendapatan sederhana atau anak-anak muda yang baru bekerja.
Kelompok dan golongan ini akan menjadi penentu kepada menang kalah parti yang bertanding pada PRU ke-14 nanti.
Jangan dipandang enteng akan suara dan pengaruh mereka semasa PRU nanti ... mereka akan memberontak dan akan mencurahkan perasaan dan menterjemahkan isi hati mereka dipeti undi apabila perut dan kualiti hidup mereka mulai diusik dan dijentik.
Penjelasan yang amat menyakinkan perlu diberikan .. Ingat!!! jangan sesekali beri penjelasan yang jelas bertaraf badut sarkas menghina dan memperlekeh kebijaksanaan mereka untuk berfikir dan menilai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.