Tuesday, December 29, 2015

'KENAPA NAJIB RAZAK MEMPERLAKUKAN KAMI SEPERTI HAMBA?'



I don't have a mood and I'm so upset! Semua gara-gara Najib Razak dan menteri-menterinya. Apa ke gila statement Perdana Menteri Malaysia bahawa bantuan RM500 itu mampu menampung satu keluarga selama setahun?

Sudahlah kau tarik balik semua subsidi, kau imposed pula pelbagai cukai. Siapa-siapa yang nak buat pinjaman kerajaan selepas ini dah tak boleh sebab bahagian perbendaharaan akan diswastakan dan Bank CIMB akan ambil alih semua itu. 

Tak cukup dengan itu, kau aniaya anak-anak muda MAlaysia dengan memberikan tekanan supaya mereka membayar balik hutang PTPTN. Sedangkan kau tahu majoriti graduan hanya bergaji tidak lebih dari RM3,000 sebulan. Terlalu banyak kalau aku nak ungkit. Terlalu banyak.

Kau bunuh kawan aku dalam flight MH370 yang mana sampai sekarang aku tak tahu di mana dia dan para penumpang yang lain berada. Tetapi firasat aku kuat dan bermimpi seorang ustaz alim itu tidak mungkin datang dengan sengaja. Allah beri petunjuk pada dia tanpa sebarang hijab. 

Semuanya mati dibunuh! Mati dengan penuh seksaan. Sebab itu kau dengan puak-puak kau beria-ria nak mempromosikan TTPA. Kau gadaikan negara tercinta kami sebab hati kau dah buta dengan kekayaan duniawi. Bermacam-macam alasan kau bagi untuk mengalihkan perhatian rakyat pada isu besar yang kau dah buat.

Kau terlalu mengikut cakap isteri puaka kau yang mana aku boleh katakan dia adalah contoh terbaik wanita dari neraka. Tun Razak, kamu adalah bapa yang gagal mendidik anak kamu menjadi seorang insan yang baik! Toh Puan Rahah, maaf andai kata-kata ini mengguris perasaan kamu. 

Dosa apa yang kamu lakukan sehingga manusia sekejam ini lahir dari rahim seorang wanita yang baik seperti kamu? Sampai bila rakyat marhaen sanggup hadapi kehidupan seperti ini?

Kenapa Najib Razak memperlakukan kami seperti hamba tebusan Tun Razak?! Di mana sifat kemanusiaan manusia yang bernama Najib Razak? Kepada rakyat Malaysia yang bodoh dan penjilat tegar parti UMNO, apa kamu sanggup melihat anak cucu cicit kamu meneruskan kehidupan begini di masa hadapan?


Keadaan ekonomi Malaysia sangat nazak. Bagi mereka yang tidak banyak membaca dan mengkaji, hampir keseluruhan tanah orang Melayu telah dijual pada bangsa asing. Bangsa asing mula menguasai pasaran ekonomi dan pasaran kerja di sini. 

Apa nasib rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu? Pemimpin guna sentimen perkauman untuk kepentingan politik. Malaysia di ambang bahaya.

Apakah PRU akan datang masih berpihak pada parti UMNO/BN? Apakah SPRM akan menjalankan tugas denga telus? Rakyat bayar gaji kamu wahai semua penjawat awam Malaysia. Kamu bekerja untuk rakyat, bukan parti pemerintah.

Tolonglah sedar! Tak perlulah nak mengamalkan rasuah sebab bukan kamu seorang saja yang kesempitan wang. Tetapi ada berjuta lagi rakyat Malaysia yang hidup melarat. Menteri-menteri dan orang-orang kaya yang ada pangkat tak perlulah mengampu pemimpin seperti dia itu Tuhan semata-mata ingin hidup kaya raya. 

Pemimpin itu pun ada kuasa sebab rakyat yang pilih. Tidak perlu memandang hina rakyat marhaen yang hidup susah sebab kekayaan kamu belum tentu menjamin kamu masuk ke syurga.

Saya memuat naik status ini hanya nukilan kesalan dari rakyat marhaen yang hina. Mungkin juga suara rakyat marhaen yang tidak pernah dipandang serius oleh para pemimpin baik dari pemerintah mahupun sesetengah sultan di Malaysia. - Datin Dania Norma

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.