KANGAR: Dua lelaki melarikan sebuah peti besi berisi wang tunai RM13,000 selepas memperdaya seorang pengawal keselamatan di Pejabat Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) kira-kira jam 6.30 pagi semalam.
Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang menaiki motosikal ke pejabat terbabit, meminta izin daripada pengawal keselamatan untuk memasuki bangunan atas alasan mahu mengambil barang dan ingin berjumpa seorang pegawai.
"Pengawal keselamatan itu membuka pintu sebelum kedua-dua lelaki meluru masuk. Mereka terus mengikat pengawal keselamatan itu dengan tali ketika dia cuba menghubungi pegawai dinyatakan.
"Suspek kemudian naik ke tingkat empat dan mengangkut peti simpanan sebelum melarikan diri," katanya sambil menambah peti besi itu turut mengandungi cek milik MAIPs.
Abdul Rahman berkata, pengawal keselamatan itu tidak mengecam wajah suspek yang didakwa memakai topeng.
Beliau berkata, ikatan mangsa dibuka rakannya yang tiba di bangunan MAIPs kira-kira jam 7 pagi sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan berusia 22 tahun dari Changlun, Kedah itu ditahan empat hari bagi membantu siasatan.
http://YouthToEarn.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.