Thursday, February 25, 2016

FOTO - Guna Jengkaut Rompak ATM Bank 500 Meter Dari Balai Polis



KUALA SELANGOR – Satu cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank CIMB cawangan Bestari Jaya di sini awal pagi Khamis bukan sahaja mencetuskan keanehan malah cukup memalukan.

Dalam kejadian kira-kira jam lima pagi itu, penjenayah yang menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk cuba memecahkan ATM di bank tersebut yang terletak dalam jarak hanya 500 meter dari Balai Polis Bestari Jaya.

Menurut salah seorang penduduk tempatan di situ yang enggan dikenali, kejadian yang berlaku itu amat memeranjatkan kerana lokasi rompakan berkenaan terletak sangat hampir dengan sebuah balai polis.




“Saya pelik bagaimana perkara ini boleh perlaku, bank itu kebetulan terletak berdekatan sahaja dengan balai polis, mustahil pihak polis di situ tidak boleh hendak halang ianya daripada berlaku.”

Semasa kejadian, masih belum dipastikan sama ada pengawal keselamatan berada di bank itu ataupun tidak tetapi kebiasaannya pada waktu malam terdapat anggota pengawal yang berada di dalam cawangan bank tersebut.

Persoalannya, apakah sedang dilakukan anggota polis yang bertugas sewaktu kejadian ini berlaku? Mustahil dengan jarak tidak begitu jauh mereka tidak dengar bunyi dentuman jentera itu rempuh bangunan bank tersebut?

Adakah mereka lena dibuai mimpi hingga langsung tidak dapat dengar bunyi kuat yang terhasil akibat dentuman kaca berderai dari bank itu atau mereka ‘buat-buat’ tidak dengar sahaja sambil ambil mudah perkara seperti ini?

Musim perayaan Tahun Baharu Cina juga sudah berakhir, jadi tidak mungkin mereka keliru dengan bunyi mercun di awal pagi sampai gagal membezakan antara dentuman kaca bangunan pecah mahupun pembakaran mercun?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.