Saturday, February 27, 2016

Muhyiddin tidak lagi Timbalan Presiden, Zahid memangku



Muhyiddin Yassin akhirnya digantung jawatan Timbalan Presiden parti dan Zahid Hamidi telah dilantik untuk memangku jawatan itu. Tindakan ini tentunya telah disusun oleh penyokong Zahid Hamidi untuk memudahkan tugas Zahid sambil mempercepatkan mencapai matlamat untuk menjadi Perdana Menteri. Itu niat dan tujuannya tetapi itu semua adalah perancangan pemimpin yang rakus dengan kuasa kerana Perdana Menteri Malaysia boleh memasukkan sesiapa dalam penjara dan mengeluarkan sesiapa dari tahanan.

PM Malaysia merupakan jawatan yang paling kuat, lebih kuat dari Presiden AS kerana Presiden AS tidak boleh melakukan sesuatu keatas mana-mana pihak sesuka hatinya kerana AS mempunyai sistem dalam mana walaupun seorang Presiden segala tindakannya ada had dan limitnya. Kuasa seperti ini amat perlu bagi seseorang pemimpin yang lemah dan tidak faham untuk mentadbir kerana kuasa itu akan digunakan kepada siapa sahaja yang tidak sehaluan apatah lagi jika memberikan pandangan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri. Ahmad Zahid perlukan kuasa itu kerana sebagai seorang yang saya kenali rapat, beliau tidak ada kekuatan mental yang perlu ada bagi seorang pemimpin negara yang merdeka seperti Malaysia ini.

Walau bagaimana pun itu perancangan beliau dan sekutunya disekeliling Najib yang desperado itu. Tetapi keadaan politik sekarang ini tidak memberikan keyakinan yang pengganti Najib jika didapati oleh Zahid, negara akan lebih rosak dan kelam kabut dari keadaan yang sudah sedia tidak terurus sekarang ini.

Saya selalu berkata yang susunan kepimpinan sekarang, tidak seorang pun boleh melakukan pentadbiran yang lebih baik kerana seluruh kepimpinan UMNO sekarang ini sudah tersasar dari budaya kepimpinan yang baik seperti dahulu. Dulu kita menyangka pentadbiran Abdullah Badawi adalah yang terburuk dan tidak akan ada yang lebih buruk dari itu. Tetapi nyata pandangan itu meleset kerana Najib yang diharapkan untuk menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dari Pak Lah tidak sebegitu. Najib lebih teruk dari Abdullah dan jika Najib diambil alih oleh sesiapa dikalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi sekarang ini, ia akan menjadi lebih buruk dari apa yang kita saksikan dilakukan oleh Najib.

Pada saya Muhyiddin tidak perlu berasa sedih atau marah dengan tindakan Majlis Tertinggi mengganti jawatan Timbalan Presiden UMNO itu kerana hikmahnya tentu ada. Setidak-tidaknya terekod dalam sejarah perjuangan beliau yang beliau tidak mudah untuk bersetuju dengan tindakan buruk dan rasuah pemimpin diatas itu. Muhyiddin tidak terlibat dengan permainan kotor terhadap wang rakyat dan ini merupakan satu perkara yang kita perlukan dalam hidup yang sudah beransur tua ini.

Tetapi beliau tidak pula dihalang untuk berjuang untuk mencari kebenaran tentang apa yang beliau lakukan itu. Muhyiddin boleh terus berjuang untuk mengenepikan Najib jika beliau bersama dengan rakyat yang ramai yang tidak lagi sudi untuk menerima cara kepimpinan Najib dan sekutunya dalam kerajaan itu. Jika Muhyiddin meneruskan perjuangan untuk mengenepikan Najib beliau perlu sedar dibelakang beliau ada sebahagian besar rakyat yang menyokong beliau dan sesiapa sahaja yang mahu menumbangkan Najib itu.

Perlu disedari Najib hanya bergantung kepada kuasa dan otot beliau sahaja. Muhyiddin boleh mendapatkan ramai kawan yang berada luar dari kumpulan rakus dalam Majlis Tertinggi itu. UMNO pun bukannya ada apa-apa lagi. 'What is left in the Majlis Tertinggi currently are all scums, after all'.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.