Wednesday, March 2, 2016
Eskalator terhenti ketika ketibaan Muhyiddin di KLIA
KUALA LUMPUR- Keadaan panik seketika berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) apabila eskalator yang dinaiki bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba terhenti seketika.
Insiden itu berlaku dek kerana terlalu ramai para penyokong dan pengamal media menaiki eskalator yang sama bagi mengiringi Muhyiddin keluar daripada Balai Ketibaan selepas beliau tiba di KLIA hari ini.
Muhyiddin tiba di KLIA hari ini selepas beberapa hari berada di Vietnam.
Bagaimanapun keadaan kembali terkawal dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sementara itu, ratusan penyokong Muhyiddin hadir ke KLIA hari ini bagi menyambut kepulangan beliau.
Ketibaan Muhyiddin disambut dengan laungan 'Hidup Tan Sri' oleh para penyokongnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin ketika bercakap kepada media berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai perihal karier politiknya pada Khamis ini.
Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.
"Sementara itu saya masih berada di dalam Umno," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.