Wednesday, April 6, 2016

Jika guna wang curi, adakah ibadah umrah sah?


Persoalan ini ditimbulkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru sahaja pulang dari Arab Saudi minggu lepas.

"Saya tertanya-tanya jika wang yang dibelanja untuk melakukan ibadah umrah datang dari punca yang haram, umpamanya jika wang itu dicuri, apakah ibadah itu menjadi sah dan memberi pahala?" soal Dr Mahathir melalui posting terbaru di blognya.


"Saya hanya bertanya. Sebabnya kerana saya lihat beratus yang dapat buat umrah yang dibiayai oleh orang tertentu yang punca kewangannya masih menjadi persoalan."

Menarik untuk dibincangkan persoalan ini. 

Ini kerana dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, rasuah itu masih tidak dianggap sebagai perkara jijik.

Orang Melayu menganggap daging babi itu terlalu jijik tetapi tidak dalam hal-hal berkaitan rasuah.

Jika majoriti orang-orang Melayu menentang rasuah dan menganggapnya sebagai jijik, sudah tentu pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengannya akan tersungkur dari tampuk kuasa.

Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia.

Pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah masih terus bebas bermaharajalela.

Mungkin juga kerana mereka mengerjakan umrah setiap tahun maka dosa mereka sudah disucikan.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.