Friday, April 29, 2016

Pesan solat seorang tukang kasut yang mampu pakai Camry, tunai umrah [Video]

Tukang_Kasut_CamryTukang_Kasut_Camry
Seorang tukang kasut  di RH Plaza di Jalan Lapangan Terbang Kuching, Jamaluddin Hamdan yang menjadikan hobi membaiki kasut menjadi sumber pendapatan lumayan.
Menurutnya yang dipetik dari  Suara.TV, bekerja sebagai tukang kasut kerana hendak menolong orang dan menolong diri sendiri untuk memperoleh pendapatan.
Paling menarik tentang Jamaluddin, 49 yang setelah hampir 8 tahun bekerja sebagai tukang kasut membolehkannya memiliki kereta mewah jenama Toyota Camry 2.0 dan menunaikan umrah bersama isterinya.
Berikut pesan menarik daripada beliau tentang solat.

“Rezeki Allah yang bagi (yang penting) kena solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor mohon agar rezeki dimurahkan.
“Kerja macam mana pun tapi kalau tak solat rezeki yang diperolehi tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu yang penting mohon pada yang Esa dan kita jangan sombong dan bongkak,” katanya melalui rakaman video Suara.TV.
Jamaluddin juga berpesan agar belia tidak terlalu memilih kerja asalkan pendapatan yang diperolehi adalah dari sumber yang halal.
“Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe rata-rata tak nak kerja kotor macam ini.
“Mungkin kerana mak (dan) bapa mereka dari kalangan orang senang, jadi mereka pagi buka tangan (minta duit) ayah bagi, petang buka tangan mak bagi jadi sebab itu mereka (anak) rasa tak payah kerja.

“Kalau nak kata kotor memang laa kotor, mungkin sebab itu remaja zaman sekarang malu kerja macam ini,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.