Tuesday, April 5, 2016

Remaja Koma Dibelasah Polis ?

Polis nafi dakwaan remaja koma dipukul polis


Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani menafikan dakwaan seorang remaja mengalami kecederaan parah sehingga koma selepas ditahan polis, Sabtu lepas.

Beliau menjelaskan gambar suspek berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di Temerloh dengan kesan kecederaan leher dan kaki seperti yang tersebar di laman sosial juga tidak benar kerana suspek berada di lokap dalam keadaan baik.

"Kecederaan di kepala dan kaki adalah luka lama disebabkan kemalangan pada 3 April tahun lepas dan terdapat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.

"Dalam laporan tangkapan terbaru pada 1 April lalu, telah dinyatakan tindakan suspek yang agresif semasa ditahan menyebabkan kecederaan lama berulang setelah berlaku pergelutan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar dan berita yang tersebar di laman sosial kononnya seorang remaja cedera teruk di kaki, urat saraf leher dan kepala tidak sampai 24 jam selepas ditahan di lokap IPD Bera.

Menurut Sharifuddin lagi, selepas ditahan, polis telah membawa suspek ke klinik kesihatan sebelum dirujuk ke HOSHAH dan diberikan rawatan semalaman dan dibenarkan keluar pada keesokannya.

"Suspek dibenarkan keluar oleh doktor yang bertugas atas dasar suspek tidak mengalami patah tulang, besi pada paha (kecederaan lama) tidak terganggu, selain sokongan leher dipasang bagi mengurangkan rasa sakit pada leher," katanya.


Sharifuddin berkata polis juga telah menghubungi kakak suspek yang berada di Kedah pada hari kejadian berhubung penahanannya, sekali gus menafikan dakwaan polis tidak memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

Polis katanya sentiasa memandang serius tohmahan yang dibuat untuk mencemarkan imej baik pasukan itu terutama menerusi laman sosial dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Mereka yang didapati sengaja berbuat demikian boleh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan," katanya.

- Bernama

1 comment:

  1. SAYA IBU SARTINA DI MALAYSIA BESERTA KELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH SWT

    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togelnya yang AKI berikan 4D/SGP 7258 berkat angka gaib ini yang diberikan oleh AKI alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI Saya menang togel 275 juta dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang ada sama tetangga.dan juga BANK MDR dan bukan hanya itu AKI. Insya allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI.. sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI MANGKUBUNO di no 085203333887 atau silahkan KLIK DISINI
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel wassalam.
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL AKI MANGKUBUNO

    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.