Sunday, April 3, 2016

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Melapor Kepada Timbalan Menteri Amerika

Image result for zahid hamidi

Here is something from M'kini:
  • Pihak swasta kawal keselamatan sempadan negara - Zahid
  • Bernama
  • https://m.malaysiakini.com/news/335956 
  • K'jaan terima cadangan swasta ..mempertingkat keselamatan sempadanan
  • kata beliau kepada wartawan M'sia di Washington DC pada Rabu
  • "..sekurangnya RM1b utk kawal sempadan utara Semenanjung sahaja"
  • Beliau kata projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera
  • bagi memastikan keselamatan negara terkawal
  • Menurutnya, isu operasi agensi keselamatan sempadan adalah antara isu yang dibincangkan beliau dalam pertemuannya dengan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di Washington DC Rabu
  • Zahid tiba di sini awal pagi Selasa untuk lawatan kerja selama seminggu 
  • Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear bermula Khamis
My comments :

Habis imigresen, kastam, askar, polis, tentera laut, tentera udara, polis hutan yang bertugas disempadan semua buat apa? 

Kalau kerajaan nak belanja pihak swasta RM1 billion untuk jaga sempadan negara, apakah maksudnya belanjawan pertahanan (defense budget), belanjawan imigresen (KDN) akan dipotong sekurangnya RM1 billion?

Kalau kerajaan nak belanja pihak swasta RM1 billion untuk jaga sempadan, apakah maksudnya askar, polis, imigresen,  kastam di sempadan utara semua akan dihentikan?

Kalau tidak, apakah penjimatan besar yang bakal berlaku?

Dan apakah jaminan pihak swasta boleh jaga keselamatan sempadan negara pada satu tahap yang lebih baik dari tentera, polis dan imigresen?

For example, the duty free zone in Bukit Kayu Hitam was / is under a private operator. 

In 2014 the security fencing around the duty free area was torn and easily penetrated by human trafficking gangs from Thailand. 

They used the carpark area of the duty free shopping zone to transfer illegal immigrants from Thailand during the night. 

This was made known to us when I was in the MACC's Advisory Panel.  We strongly reccomended action be taken. But I left the MACC Panel in 2014.

The private duty free shopping operator said repairing the torn fence was not his responsibility. He said it was the gomen's responsibility. He only operated the super market.

The gomen boys argued that the security fence was also around the duty free supermarket's carpark.  So the torn security fence was not repaired for a long time.

In the meantime the human traffickers were laughing all the way to the bank.

Pasal apa pula Zahid nak bincang isu keselamatan sempadan negara kita dengan timbalan menteri dalam negeri Amerika Syarikat?

Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat maksudnya 'deputy minister' sahaja.

Zahid Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan atau bukan timbalan, pasal apa Zahid nak bincang isu keselamatan kita dengan Amerika Syarikat?

Bukankah kita negara yang berdaulat dan merdeka?

Pasal apa kita perlu bincang rahsia keselamatan kita dengan Amerika? 

Apakah ini bermaksud Amerika akan menjadi pembekal alat pengesan elektronik di sempadan kita? 

Tidak ada tender terbuka? Tender untuk syarikat Amerika sahaja?

Kita kena bayar duit RM1 billion kepada syarikat pembekal Amerika sahaja?
 
Kenapa Zahid hendak menghabiskan masa satu minggu di Amerika?

Mesyuarat bermula hari Khamis. Zahid sudah tiba pada hari Selasa.

Mesyuarat habis dalam dua atau tiga hari. Zahid akan melawat selama seminggu?

Baliklah awal sikit. Ada banyak tugas dan kerja yang perlu dibuat.

Mungkin pagar security fencing di Bukit Kayu Hitam itu masih bocor. 

Sebab Syed Akbar sudah tidak ada lagi dalam Panel MACC. (Saya bersara secara sukarela).

Pi lah tengok Bukit Kayu Hitam.  

Juga 'laluan tikus' di Johor. 

Tak payah swasta. Tak payah Amerika.  Kita boleh jaga semuanya dengan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.