(Utusan Online) – Majlis dialog yang dihadiri bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini tidak mendapat sambutan apabila dihadiri kira-kira 50 orang.
Suasana kosong jelas kelihatan dalam auditorium tersebut yang sepatutnya diisi oleh lebih 1,000 tetamu seperti yang disasarkan pihak penganjur.
Dialog tersebut bertajuk ‘Dialog Generasi Muda: Integriti dan Masa Depan Kita.‘
Majlis yang sepatutnya bermula pukul 2 petang itu juga terpaksa ditunda sehingga ke pukul 2.45 petang berikutan tidak mendapat sambutan.
Pihak penganjur ketika ditemui berkata, sambutan yang kurang memuaskan itu mungkin disebabkan oleh cuti umum bersempena Hari Buruh dan cuti hujung minggu yang memungkinkan ramai warga kota ke luar bandar atau pulang ke kampung halaman.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.