Wednesday, June 29, 2016

apa langkah berikutnya? bersatu menjatuhkan kerajaan penyamun, oleh penyamun, untuk penyamun

Show more reactions
Saya memikirkan adalah penting untuk kesihatan  minda …kita jangan membaca terlalu berlebihan mengenai kemenangan 2 PRK oleh BN. Don’t overead. Dan jangan too much analysis. Ia membawa kepada paralysis.
Kemenangan itu diperolehi melalui pemberian wang, barangan, ugutan dan janji.
Najib sahaja hendak tunjuk lagak- dia akan buat pilihanraya selepas hari raya.  Dia tidak akan berani. Mungkin tahun hadapan ada kemunasabahan. Dia hendak ek kepada kita. Tak usah layan sangat. Dia hendak tunjjal muka dr Mahathir. supaya dia boleh istihar Idi Amin Malaysia, lebih popular. Padan muka Dr Mahathir. yay..yay!
Kepada Najib, musuh utama nya ialah Mahathir. Setakat ini, menawar/neutralise orang seperti Tengku Razaleigh dia berjaya. Agakan saya, mungkin dia telah bisik kepda TRH- you jangan gopoh, play along with me, I akan lepaskan jawatan ini kepada you. Orang tua itu pun mengontrol tekanan diri.
Dan mungkin tektik yang sama digunakan kepada Anwar. Dia janjikan perkara yang paling berharga kepada Anwar iaitu kebebasan dalam masa terdekat. Mungkin Najib sudah sampaikan mesej ini kepada Wan Azizah dan Nurulizzah. Balasan dari Anwar ialah keluar kenyataan kondem Dr Mahathir.
Seperti yang saya katakan- Dr Mahathir berdrama bila mengatakan biar calun BN hilang deposit. Dari puluhan PRK sejak 1999, rekod menunjukkan bahawa pembangkang menang tidak lebih dari 5. Saya hanya ingat di Lunas dan Kuala Terengganu.
PRK sungai besar dan kuala kangsar bukan referendum keatas Dr Mahathir-jadi ia bukan kekalahan dr Mahathir. Ada orang kata Mahathir ialah clown prince. Kalau hendak menang, Pakatan Harapan mesti jauhkan diri.
Kepada saya, ini semua adalah luahan perasaan nervousness. kita semua tahu kekalahan dua PRK akan membesi-kelulikan resolve Dr Mahathir.
Sekarang mengnyahkan Najib jadi objektif utama. Negara ini tidak boleh dikuasai oleh pencuri dan 40 rakan nya. Malaysia di kuasai oleh kumpulan kleptokratik. Kleptocracy ialah kerajaan penyamun, oleh penyamun dan untuk penyamun.
Betul BN menambahkan majority nya dari PRU13, tapi ia tidak berbaloi jika dilihat perbelanjaan tenaga dan wang ringgit keatas dua PRK tersebut. Masih ada 14,500 orang yang menolak Najib di Sungai Besar dan 10,500 menolak Najib di Kuala Kangsar.
Jadi, jangan lah kita hilang tidur mengenai PRK tersebut, biar Najib yang tidak tidur.
Yang penting apa langkah seterusnya? Saya fikir Dr Mahathir patut menyebabkan ujud nya parti baru. Bukan untuk dipimpin tapi dia boleh menasihat.
Parti ini terdiri dari orang2 UMNO yang fedup dengan Najib dan sedar bahawa orang Melayu mesti ada parti yang bleh adapt. UMNO tidak ada masa hadapan sebab ia dipimpin oleh pemimpin mungkar dan jahat. Saya rasakan ada ribuan ahli UMNO  hendak keluar mereka mahu rumah untuk berteduh.
mereka tidak akan join Amanah, DAP atau PKR. tapi jika ada parti yang di anggotai dan disokong oleh hall of famers UMNO, mereka akan selesa keluar dan bersuaka politik.
1MDB itu refleksi kepada DNA Najib dan DNA nya ialah lanun. 1MDB bukan hanya rasuah- tapi mencuri wang. USD1.83 billion dicuri oleh Jho Low dan Tarek Obaid dengan persetujuan dan besar kemungkinan pengetahuan dan kelulusan Najib. Itu menjadikan Najib sama seperti pencuri wang tersebut.
USD3.5 billion di hantar ke dalam akaun syarikat palsu Aabar BVI. Itu pencurian. Dan bererti USD3.5 hutang asal dengan syarikat Aabar yang betul,  masih kekal hutang. Tanggungan 1MDB dengan IPC masih USD3.5 bilion dan wang di curi USD3.5 billion menjadi jumlah hilang ialah USD7 billion. Kedalam akaun siapa USD3.5 billion itu disalurkan?
UMNO tidak boleh dipimpin oleh pencuri. Jika UMNO membenarkan Najib terus jadi presiden, bermakna melayu UMNO ada budaya memuliakan pencurian, pecah amanah, buat jahat, rasuah.
Apa sudah jadi pada nilai bangsa Melayu?
-senapangsakti

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.