Sunday, June 26, 2016

Audit MAIWP Dipersoalkan - Lihat Jadual Ini Dan Fikirkan Sendiri..

Dan Mohamad Nor Syamil menulis ;
Menarik ni.. utk kita teliti laporan audit Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2014..
kenapa "lain-lain perbelanjaan" dari tahun 2013 & tahun 2014 naik mendadak mencanak..

tahun 2013 - 3,294
tahun 2014- 8,546,830
something fishy here..
Disambungnya lagi ;
Saya mohon kemaafan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuansebab tag secara public..

disebabkan ini melibatkan dana awam..
mungkin MAWIP ada penjelasan berkaitan dengan peningkatan ketara lain-lain perbelanjaan daripada tahun 2013 & 2014

2013- 3,294
2014 - 8,546,830

saya dapat maklumat ini hasil daripada laporan tahunan MAWIP sendiri.. mungkin MAWIP ada penjelasan yang sebaiknya..
Mohon pencerahan 



Aku taknak ulas benda yang aku tak jelas. Jadi kita serahkan kepada MAIWP untuk jelaskan persoalan yang timbul. Aku akan tunggu penjelasan dari pihak yang berkaitan dan sementara itu aku nak ulas bab lain. Masih berkaitan zakat.

Sebelum ini, aku sendiri telah menjalankan kempen bahawanya kita patut bayar zakat sendiri kepada asnaf yang kita nampak depan mata kesusahannya. Ataupun benda yang kita dengar kesusahan mereka. Kempen tersebut sebenarnya dah makan masa hampir 3 tahun. Sebab tu aku selalu share artikel2 yang memaparkan kesusahan rakyat dari geng2 sosialis bagi memudahkan pembayaran zakat. Korang bayar duit zakat kat dorang, dorang bergerak direct bayar ke asnaf. On the spot benda neh takde babitkan dokumentasi, nak photostat itu nak photostat ini semua benda-benda yang kita sebut sebagai karenah biokrasi bagai neh la. 

Sungguhpun aku faham kenapa institusi zakat memerlukan kepada dokumentasi atas tujuan rekod, semakan, penyimpanan dan bukti namun tempoh masa yang diperlukan bagi aku sangat tidak munasabah disamping orang kesusahan yang perlu bergerak ke sana ke mari bagi melengkapkan proses tuntutan pada aku ianya juga tidak patut diamalkan. Pendapat aku, pegawai pusat zakat perlu lakukan paling kurang dua perubahan instant;

1. Kurangkan tempoh masa urusan dokumentasi kepada paling lama hanya 3 hari semata-mata.

2. Pegawai zakat sendiri bergerak dan uruskan semua benda yang babitkan proses pemberian bantuan. Orang awam tidak la payah kau suruh ke sana ke mari dan sebagainya.

Jika orang awam tersebut ialah orang muda yang ada kenderaan aku tak kisah sangat. Kadang-kala kita susah secara tiba-tiba contohnya berlaku kematian, malapetaka, bencana awam, kemalangan, kehilangan kerja, ditipu dan sebagainya yang boleh menyebabkan kita ditimpa kemiskinan secara mengejut.

Tetapi dalam sesetengah kes, terdapat juga warga emas, ibu tunggal, yang kesusahan yang punya anak-anak kecil yang terpaksa naik bas ke sana ke mari bagi melengkapkan proses tuntutan yang pada aku sangat kasihan keadaan mereka. Benda neh takde dalam kotak fikiran aku sehinggala aku terjumpa dengan situasi2 seperti itu. Ya, aku boleh bantu setakat yang termampu tetapi bukan pada setiap kali atau pada semua orang. Aku tak pasti sangat tentang proses tuntutan bantuan zakat bagi Baitulmal Wilayah Persekutuan tetapi benda neh paling kurang berlaku pada Institusi zakat di Perak, sebab situasi neh aku terjumpa pada asnaf-asnaf di Perak je.

Di KL, aku sendiri penerima bantuan Baitulmal selama bertahun-tahun. Terima kasih kepada cikgu dan guru2 yang prihatin. Aku tak perlu bersusah payah ke sana ke mari, ibu aku pun tak perlu bersusah payah ke sana ke mari segalanya diuruskan guru2 yang budiman dan aku cuma sekadar serahkan dokumen2 yang berkaitan.

Ya, aku juga pernah suatu ketika menjadi asnaf yang layak dalam pusat zakat tu. Terima kasih pada yang membayar zakat dan menyalurkan zakat pada aku. Duit2 korang dah menjadi darah daging aku. Terima kasih banyak2 kerana bantu aku belajar.

Tetapi pandangan masyarakat terhadap institusi zakat tidak sama seperti dahulu lagi.

Lihatlah apa yang mereka fikirkan tentang pusat zakat pada masakini ;


Kenapa ini terjadi? Sebelum marahkan orang awam perlu kita perhalusi sebab yang menjadi punca kenapa kepercayaan rakyat terhadap institusi zakat mulai pudar.

Agak bohong juga nak buat andaian kononnya pegawai2 zakat tak menjalankan tugas sama sekali. 

Jika hanya satu dua orang yang kasar perangainya, biadap layanannya terhadap asnaf ia tidakla merangkumi semua staff-staff zakat. Sebab tu tak boleh pukul rata.

Tetapi persepsi rakyat pada hari ini tidak hanya berpunca dari layanan kasar segilintir pegawai zakat ketika mereka memohon bantuan bahkan juga berpunca dari ;

1. Sikap tidak adil agamawan yang bekerja dengan kerajaan. Ya, sikap tidak adil dalam menghukum ini telah mencalarkan kepercayaan rakyat dalam segala bentuk perkara berkaitan agama bagi institusi kerajaan termasukla pusat zakat. Kenapa agamawan selalu laju2 dalam menghukum rakyat yang melakukan kesalahan atau laju2 menghukum rakyat yang seringkali mempersoalkan tindakan kerajaan dan pemimpin? Kenapa agamawan tidak menghukum pemimpin yang boros? Lalai? Tidak amanah? Rasuah? Kenapa setiap kali pun yang berdosa itu rakyat? Kenapa setiap kali pun rakyat yang kena berubah, menerima dan mengalah? Kenapa? Sikap ini telah sedikit demi sedikit mencalarkan kepercayaan terhadap agamawan dan agensi2 keagamaan kerajaan kerana bagi rakyat ooooohh jadi agama bermaksud menghukum rakyat biasa dan mendewakan pemimpin ya? Bayar zakat direct asnaf = haram, judi berlesen, takpe. Rasuah sana sini? Takde masalah kalau ia babitkan intergriti pemimpin. Tiada sesiapa mahu menegur secara terbuka kerana di negara ini yang bersalah, kekal bersalah dan selama2nya akan berada di posisi pesalah hanyalah rakyat biasa.

2. Hari-hari baca berita orang miskin. Ya, hari-hari. Baca paper Metro orang minta derma. Baca BH orang minta derma. Baca Sinar, kisah warga emas yang dinafikan bantuan, baca Harakah, kisah keluarga yang tidak diberikan bantuan atas alasan tidak layak. Hari-hari media laporkan orang susah sana sini. Hari-hari bukan seminggu sekali, sebulan sekali setahun sekali tetapi hari-hari. Perkara seperti inila akhirnya telah membuatkan masyarakat tertanya2. Kenapa neh? Aku bayar macam2 zakat. Zakat fitrah, zakat emas, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat harta sebut aje apa zakat yang ada, semua aku bayar dah tapi hello, kenapa orang miskin semakin menimbun, kenapa? Apakah wujud unsur-unsur penyelewengan wang zakat..? Mereka fikir macam neh. Mereka bukan tuduh. Bukan dakwa. Mereka hanya fikir sahaja. Sebab mereka tengok keadaan masyarakat yang semakin lama semakin banyak yang kesusahan.

3. Korupsi dan salah-urus pentadbiran agensi kerajaan yang didedahkan setiap tahun oleh jabatan audit bahkan ada yang melibatkan agensi zakat. Nampak? So, bila perkara tersebut didedahkan maka rakyat hilang kepercayaan. So, kau beli basikal 200 dengan harga 500 ya? Kau claim duit perbelanjaan 50 dengan 1000 ya, bagus, bagus.. aku taknak bayar zakat kat korang lagi. Buat bazir duit aku je baik aku bantu direct.

3 faktor ini ialah faktor utama kenapa rakyat kita hilang kepercayaan kepada institusi zakat.

Bukan mereka tak percaya yang pegawai2 zakat ada buat kerja, turun padang dan mencari asnaf.

Memang ada. Tak dinafikan juga. Tetapi kegagalan institusi zakat membanteras kemiskinan hingga ke akar umbi melemahkan kepercayaan marhaen.

Hapuskan kemiskinan tak logik kata sesetengah pihak.

Sebenarnya Islam sendiri memang telah menyediakan kerangka terbaik untuk menghapuskan kemiskinan secara total.

Apakah kaedah Islam itu yang tak logik ataupun cara kita yang ketinggalan zaman dan tak bersesuaian dengan tuntutan agama?

Sebab tu adalah dicadangkan sebelum mana-mana mufti berhukum menyalahkan marhaen, mengeluarkan fatwa itu haram ini haram adalah baik jika agamawan2 kita dapat memperbaharui beberapa perkara berkaitan agensi zakat.

Umat Islam masalah mereka paling teruk melibatkan ;

1. Tempat tinggal. Ya, tempat tinggal. Susah sangat nak beli rumah, gaji tak mampu. Susah gila. Petani takde rumah. Nelayan takde rumah. Yang kerja swasta takde rumah. Yang gelandangan makin meningkat. Tak guna juga kalau bagi bantuan sewa bulanan kerana bantuan tersebut bersifat 'bagi ikan, bukan bagi jala'.

Mari kita lakukan sesuatu disini. Takde rumah sendiri kerana tak mampu membeli juga merupakan satu kemiskinan.

Aku tertarik dengan idea Benz Ali.



Aku ada membaca kenyataan mufti Perak Harussani katanya pusat zakat ada membantu bina rumah. Jika aku tak salah faham bantuan membina rumah bagi pusat zakat hanyalah terhad kepada ;

1. Yang memiliki tanah. Samada sendiri punya atau jiran yang punya.

2. Yang betul2 miskin sangat. Yang kategori daif gila je layak dibantu untuk mendapat rumah.

Bagi keluarga yang mampu menyediakan kesemua keperluan lain kecuali memiliki rumah sendiri sepertinya tidak layak mendapat bantuan seperti itu. Dalam erti kata lain, kalau kau kategori pertengahan, sila pergi mati.

Hahaha.

Oke, dengan sedikit penambahan kepada idea Benz Ali.

Aku setuju yang pusat zakat perlu berubah dan dipertingkatkan lagi maksud memberi bantuan tersebut.

Ya, aku setuju bab bina rumah tetapi perluaskan lagi kelompok penerima bantuan kepada yang golongan pertengahan yang tak mampu memiliki rumah sendiri juga. Tolongla jangan campak idea-idea kerajaan dalam menyediakan rumah untuk rakyat. Semua tu tak masuk akal bagi golongan pertengahan sebetulnya. Nak kumpul deposit pun tak logik. Apa? Kerajaan siap bagi free deposit lagi? Itupun bodoh juga sebab time kau nak SnP dengan buyer, kau tetap kena hulur deposit sendiri sementara tunggu kerajaan approve permohonan kau. Itu kalau approve. Kalau tak melangok la kau bayar hutang orang. Hahaha.

Lepas tu harga rumah kerajaan tetapkan paling2 koman 100k. Rumah lelong tak termasuk. Kadang2 rumah lelong neh wujud bukan semestinya atas sebab orang2 miskin tak mampu bayar duit rumah ada juga orang yang beli rumah 3,4 lepas tu tak mampu nak bayar rumah ketiga dia, keempat dia atas alasan2 tertentu.. 

Pendek kata pendekatan kerajaan sebenarnya bukan maksud kepada penyelesaian jangka masa panjang atau bersifat permanent sebaliknya hanyalah bantuan bersifat jangka pendek. Kau tetap perlu bergaji besar untuk memiliki rumah 100k. Dan di Malaysia ada ke lagi rumah 100k neh? Ada lagi ke?

Sebab tu aku setuju institusi zakat masuk campur dalam urusan penyediaan rumah kepada golongan fakir dan pertengahan. Tak punya rumah juga bermaksud miskin.

Boleh juga wujudkan satu sistem, pusat zakat bina rumah untuk kamu, dan kamu pula bina rumah untuk golongan seterusnya. Maksudnya kita terima zakat dan kemudiannya tiap2 bulan bayar dalam amount tertentu dalam tempoh tahun tertentu supaya institusi yang sama boleh bina rumah untuk kelompok sasaran yang seterusnya. Aku percaya institusi zakat akan mampu menyelesaikan masalah perumahan yang rata2nya membelenggu kaum melayu.

Masalah kedua umat Islam ialah ;

2. Kos sara hidup yang tinggi. Segala2nya mahal di Malaysia. Kos perubatan penyakit kritikal mahal, kos pengajian mahal, kos kehidupan mahal, kos pengangkutan mahal, serba serbi mahal. Serba serbi yang mahal ini la yang menyukarkan penyimpanan bagi golongan daif dan golongan pertengahan. Gaji sikit mana nak sama dengan gaji banyak. Kena faham tu.

Jadi, apa peranan institusi zakat? Agamawan2 yang ada dalam tu tolong la masuk campur dalam keputusan2 kerajaan yang tak memihak kepada umat Islam secara khusus dan rakyat secara amnya.

Jangan hanya tahu complain dan hukum rakyat tetapi dalam masa yang sama membiarkan pemimpin2 negara berbuat sesuka ahti.

Time demo lawan kerajaan = keluar fatwa (baca sebagai kenyataan ya selepas ini).
Time boikot pusat zakat = keluar fatwa.
Time tak sokong kerajaan = keluar fatwa.
Time melayu sokong DAP = keluar fatwa.
Time non muslim persoalkan agamawan = keluar fatwa.

Pendek kata serba serbi yang tak babitkan kepentingan pemimpin, bermacam2 kenyataan mufti sana sini dikeluarkan dalam semata2 nak bersungguh2 menghukum rakyat. Adil ke? Adil ke?

Pemimpin botakkan bukit takde fatwa pun.
Siap ada bukit judi. Fatwa ke mana, hukum ke mana last-last kita siap ada judi berlesen. Tolongla. Ini semua apa?

Sebab tu agamawan kena masuk campur dalam urusan pemimpin mencorakkan pentadbiran negara. Ini tidak. Riba bersepah sampaikan kita terima ia sebagai amalan. 

Taknak juga kepada penyelesaian jangka pendek dan tak tersusun. Ahh takpela, kita wujudkan institusi islamik, perbankan islamik dan etc etc yang islamik islamik bagai tu untuk menampung keperluan umat Islam.

TAKNAK.

Hapuskan riba total.
Hapuskan penindasan total.
Hapuskan rasuah total.
Hapuskan urustadbir yang corrupt dan tidak amanah total.

Hapuskan semua secara total.

Bila persekitaran membantu umat Islam hidup dengan harmoni, kita menjayakan undang2 Islam barulah selari. Ini tidak, sebahagian umat Islam mempersoalkan kerelevanan undang2 Islam neh pun bertitik tolak dari sikap double standard agamawan. Kita taknak nanti pemimpin rasuah dilepaskan, rakyat mencuri roti dipotong tangan. Ya, kita tahu hukum potong tangan atas sebab mencuri itu perlu mencapai syarat tertentu tetapi dalam keadaan negara dipenuhi oleh peminat2 korupsi dan kapitalis di sana sini, siapa boleh menjamin keadilan akan tertegak (dilaksanakan) sepertimana yang dianjurkan (diajarkan) ke atas kita? Empayar Islam jatuh dulu pun bukan sebab-sebab dorang amalkan perundangan dan pentadbiran sekular. Tetapi membiarkan jarum2 korupsi dan ketidakadilan masuk ke dalam pentadbiran sehingga ia jatuh berkecai dan musnah.

Kena faham satu bab neh.

Atas paper memang nampak adil. Ia adil.
Tetapi time nak melaksana, itulah kita bimbang manusia2 yang tidak baik akhlaknya, akan menyeleweng dari maksud sebenar.

Berbalik kepada tajuk asal artikel, mohon agamawan2 kita kaji balik cara mana dorang memahami agama sebagai cara hidup. Adakah dorang benar2 memahami dan mengamalkan agama sebagai cara hidup ataupun cara kerja?

Anda lebih tahu apa yang siapa diri anda wahai agamawan2 kerajaan.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.